
IMPIAN Johor Jewels untuk mempertahankan kejuaraan Netball Super League (NSL) tidak kesampaian selepas terpaksa akur tewas kepada Kuala Lumpur (KL) Wildcats dengan keputusan 44-32 pada Sabtu.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur tersebut menyaksikan pasukan Lembah Klang itu bertungkus-lumus untuk menyekat Jewels daripada melepasi zon jaringan mereka.
Jewels meletakkan Intan Balgis (GS), Pow Mei Foong (WA), Adri Kannemeyer (GA), Fariha Razak (C), Ayu Izrin (GD), Syafazliyana Ali (WD) dan Gayani Dissanayake (GK).
BACA LAGI: VIDEO] Rekod Pahang dirampas, Ashwinii jadi kunci Putrajaya Dynamites raih kemenangan terbesar NSL
Manakala, Chng Li Li mempertaruhkan Nassanga Shadiah (GS), J.Leisharaani (WA), Solieha Alieya (GA), Aqidah Ramlan (C), S. Pavitrah (GD), Adalia Jasmine (WD), Nakitto Christine (GK).
Suku pertama menyaksikan aksi sengit dipamerkan kedua-dua pasukan yang tidak mahu ketinggalan dengan jurang mata yang besar dan berakhir dengan KL mendahului 12-10.
Masuk suku kedua pula menyaksikan kerja keras Nassanga Shadiah membuahkan hasil dalam usahanya yang sering mengutip bola sekali gus membantu KL menutup babak kedua dengan kelebihan sembilan jaringan, 25-16.
Usaha merapatkan jurang mata yang dilakuakan anak buah Tracey Robinson serba tidak menjadi dengan pertahanan yang dilakukan KL membuahkan hasil untuk menutup babak ketiga dengan 35-24.
Momentum itu diteruskan KL untuk menewaskan Johor 44-32 sekali gus mara ke pentas akhir dengan bakal membuat perhitungan berdepan Putrajaya Dynamites pada Ahad di venue sama.
Kekalahan Jewels itu seperti sudah diduga oleh penyokong pasukan Selatan tanah air berikutan aksi peringkat sebelum ini yang tewas 38-55.
“Terbaik KL Wildcats dah mara ke final. Dua kali nak lawan Jewels. Sudah jangla KL akan lawan Putrajaya final,” kata penyokong, Amin Nurudin.
“Permainan yang sudah di agak, Wildcats main laju. Tidak ruang bola,” tambah penyokong, Farah N.
Selepas ini, Johor Jewels pula akan menentang Perak Phoenix dalam saingan penentuan tempat ketiga dan keempat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram