‘Triple’ malang buat PDRM, Selangor tergamak cetak 3 gol babak pertama


  • Podium
  • Sabtu, 22 Feb 2025

Selangor FC, PDRM FC, Piala Cabaran, Selangor menang Piala Cabaran, MBPJ, Selangor menang besar

WALAUPUN sudah menggengam kelebihan tiga gol namun Selangor FC masih menunjukkan kerasukan mereka apabila mendahului 0-3 ke atas PDRM FC dalam aksi final Piala Cabaran pusingan dua pada Sabtu.

Dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor itu menyaksikan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi menurukan barisan terbaiknya seperti trio serangan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan Ali Olwan.

PDRM FC bukan hanya turun tanpa pengendali mereka iaitu P. Maniam, malah penggempur utama The Cops, Ifedayo Olusegun juga tidak berada dalam senarai pemain utama mahupun simpanan.

BACA LAGI: Piala Cabaran: Jangan ketepikan peluang kami lakukan ‘upset’ — Maniam

BACA LAGI: Tekanan bertambah sarung lilitan kapten, Nooa Laine sedia sahut cabaran Kinoshi

Seawal minit ketiga, Gergasi Merah sudah mula menunjukkan agresif apabila Ali Olwan mejaringkan gol selepas menerima hantaran cukup baik daripada Nikola Jambor.

Tujuh minit kemudian, Gergasi Merah terus menambah jaringan kedua menerusi Yohandry Orozco.

 

Pada minit ke-21 perlawanan, PDRM FC terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Eizrul Ashraf dikenakan kad merah susulan terjahan ke arah Jambor.

Tidak lama selepas itu, Quentin Cheng memberi hantaran lintang dan disambut baik oleh Ronnie Fernandez pada minit ke-29 selepas penyerang Chile itu menanduk masuk bola ke gawang PDRM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL...