
MANCHESTER United telah mengenal calon pengganti jika pihak pengurusan memilih untuk memecat Ruben Amorim atau jurulatih kelahiran Portugal itu mahu meninggalkan kelab, menurut laporan.
Selepas setahun INEOS melabur dalam United, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa The Red Devils jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan terakhir di bawah kepimpinan mereka.
Sir Jim Ratcliffe dan syarikatnya telah melakukan banyak kesilapan terutamanya dalam membuat keputusan tentang pengurusan serta perancangan skuad yang sangat lemah.
BACA LAGI: Liverpool tak boleh tandingi rekod 100 mata Manchester City — Pep Guardiola
BACA LAGI: Kelab rugi teruk, pemilik Manchester United mahu buang 200 pekerja lagi
United mencatatkan kedudukan terburuk mereka dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah Erik ten Hag, namun pihak pengurusan kelab masih mengekalkannya untuk semusim lagi.
Selepas permulaan musim yang teruk, INEOS akhirnya memecat Ten Hag sebelum menggantikannya dengan Ruben Amorim.
Aura yang diharapkan daripada Amorim ketika di Sporting Lisbon tidak kunjung tiba apabila pengurus muda itu gagal memulihkan kedudukan Man United dalam carta liga.
Dalam 21 perlawanan semua kejohanan bersama Man United, Amorim hanya mencatat 10 kemenangan, sembilan kekalahan dan dua kali seri.
Bagi saingan EPL, Amorin hanya mendapat 14 mata daripada 14 perlawanan yang menyaksikan lapan kekalahan dicatat, dua kali seri dan hanya merekodkan empat kemenangan sahaja.
Prestasinya itu ternyata menimbulkan timbul persoalan mengenai masa depan Amorim di United sehingga menyatakan dia akan keluar daripada kelab itu dalam masa terdekat.
Baru-baru ini, The Peoples Person melaporkan bahawa United sedang meneroka pasaran untuk mencari pengganti Amorim.
Menerusi laporan Fichajes, United telah mengenal pasti calon pengganti yang berpotensi.
Menurut sumber dari Sepanyol itu, pihak pengurusan United mula meragui keupayaan Amorim untuk memimpin pasukan dan sudah mempertimbangkan alternatif lain.
Difahamkan bahawa Frank boleh mengambil alih (pasukan) jika United tidak menunjukkan peningkatan dalam beberapa hari mendatang.
Pengurus Brentford itu merupakan salah seorang calon yang dipertimbangkan oleh United sebelum mereka melantik bekas pengendali Sporting Lisbon itu.
Dalam laporan berasingan, dikatakan bahawa Dan Ashworth mahu pengendali Brentford itu menjadi pengurus baharu United selepas Ten Hag.
Namun, tokoh utama di kelab memilih Amorim, dan tidak lama kemudian, Ashworth meninggalkan jawatannya sebagai pengarah sukan kelab.
Masih tidak jelas sama ada keputusan pengurusan itu menjadi punca kepada pemergian bekas pegawai Newcastle United itu, tetapi pemergiannya yang pantas hanya menekankan lagi ketidakcekapan INEOS. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram