
PENYOKONG Sabah FC seperti sudah putus harapan melihat pasukan kegemaran mereka beraksi selepas tersingkir daripada Piala Malaysia 2024/25 sekali gus gagal melangkah ke pentas akhir kejohanan itu selama 22 tahun.
Keputusan lalu seri 2-2 menentang Sri Pahang di Stadium Likas, Sabah dalam aksi Liga Super juga menjadi faktor utama penyokong tidak lagi tertarik untuk menyaksikan perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Jumaat (21 Februari).
Rata-rata penyokong Sabah menyifatkan corak permainan digunakan oleh Martin Stano tidak setanding Datuk Ong Kim Swee yang mana diibaratkan sebagai bosan dan tiada idea.
BACA LAGI: Bantu Selangor pintas JDT II, Haykal Danish wajar diangkat lepas setia bersama Gergasi Merah
BACA LAGI: Lepas hilang Ivan Mamut, Exco FAM sahkan tonggak Terengganu alami ACL
Luahan itu dilontarkan oleh penyokong Sabah dalam platform rasmi media sosial Sang Badak selepas mereka mempromosikan perlawanan menentang KL City itu.
Menurut Muhammad Janie Abdullah usaha Sabah untuk turun latihan tidak memberikan kelebihan jikalau keputusannya tetap negatif.
"Tiada guna juga hari-hari membanting tulang latihan jika keputusan perlawanan membosankan.
"Dah tiga perlawanan dengan Sri Pahang, (Sabah) hampir-hampir kalah sebab tiada pemain Sabah di bahagian tengah kosong terus.
"Jika perkara ini berlarutan sampai (tamat) Liga 2024/25 tidak mustahil Sabah turun tangga kelima," katanya.
Manakala Lengcai Krip menyifatkan corak permainan Sabah tiada idea dan menjangka keputusan mungkin berakhir seri ataupun kalah.
"Corak serangan tak banyak idea, mahu tembus pertahanan berlapis-lapis lawan. Ramalan saya kalau tak seri (mesti) kalah," ujarnya.
Dalam pada itu, Hazlan Lan berpendapat pihak pengurusan Sabah musim ini hanya memilih untuk berjimat kerana kantung kewangan yang tidak stabil.
"Sekarang pengurusan pasukan Sabah FC tak ada pengalaman tentang bola sepak.
"Pengurusan kewangan tak stabil pemain yang hanya ikut sahaja kemampuan bajet kewangan kelab Sabah FC tak stabil.
"Pemain yang baik terpaksa di lepaskan untuk menstabilkan bajet cukup-cukup yang ada masa sekarang.
"Coach Ong Kim Swee (OKS) dah tahu dari awal OKS keluar dari kelab Sabah dia dah tahu kemampuan pengurusan yang termampu setakat itu sahaja," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram