Tayang pakai kit latihan nombor 24, Liridon sah sertai kelab Switzerland?


  • Podium
  • Rabu, 19 Feb 2025

Tangkap layar video sesi percubaan Liridon bersama FC Schaffhausen.

BEKAS pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi bagai sudah menandatangani kontrak bersama kelab Switzerland, FC Schaffhausen selepas menjalani sesi percubaan pada bulan lalu.

Perkara itu menibulkan persoalan selepas Liridon menyarung kit latihan bernombor 24 bersama pasukan divisyen kedua Switzerland tersebut.

Dalam hantaran Instagram terbaharu Liridon, dia sedang ditemubual oleh sekumpulan kanak-kanak di pusat latihan FC Schaffhausen.

BACA LAGI: 'Dia nak lihat saya atas padang', Liridon Krasniqi beri bayangan kembali beraksi

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan kembali ke Kedah apatah lagi JDT, Liridon Krasniqi bakal jadi rekrut baharu kelab Switzerland

 

 

Sebelum ini, bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya itu turut berkongsi beberapa klip video sesi percubaannya bersama FC Schaffhausen sekali gus memberikan gambaran bahawa dia akan kembali beraksi di Eropah.

Namun ketika menjalani sesi percubaan itu, Liridon hanya mengenakan kit latihan berwarna kuning tanpa sebarang nombor dan logo FC Schaffhausen.

Berbeza dengan posting terbaharu, Liridon sudah menyarungkan kit latihan rasmi FC Schaffhausen.

Untuk rekod, sebelum ini, Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don pernah menawarkan diri beraksi secara percuma buat Sang Kenari apabila pasukan itu mengalami masalah tunggakan gaji.

Jikalau Liridon berjaya mewakili FC Schaffhausen dan cemerlang di divisyen kedua Liga Switzerland ia secara tidak langsung membuka peluang bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu untuk beraksi semula bersama Harimau Malaya.

Untuk info, FC Schaffhausen kini menduduki tempat tercorot Swiss Challenge League dan berkemungkinan akan tersingkir ke divisyen ketiga liga.

Liridon sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab luar negara seperti Newcastle United Jets (Australia), Odisha FC (India) dan Khon Kaen United (Thailand). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram