Laungan TMJ bergema di SSI, seluruh fans Malaysia ucap tahniah buat JDT


  • Podium
  • Rabu, 19 Feb 2025

Tunku Mahkota Ismail antara individu paling berjaya dalam industri bola sepak.

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) wajar mendapat pujian seluruh penyokong bola sepak Malaysia.

Harimau Selatan yang mudah menundukkan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers 5-2 di halaman sendiri membawa JDT ke pusingan kalah mati buat kali yang kedua selepas kali terakhir pada 2022.

Dalam perlawanan itu, jaringan Arif Aiman Hanapi berjaya mencuri tumpuan seluruh penyokong di stadium selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Yun Pyeong-gook sekali gus mudah membawa bola masuk ke dalam gawang gol lawan.

BACA LAGI: Pernah beraksi di Itali, Anselmo pengganti tepat Roque Mesa bantu JDT tempuh saingan ACLE?

BACA LAGI: Dipintas Selangor 'last minute', ucapan terima kasih jurulatih JDT II beri bayangan tinggalkan Harimau Selatan?

Tamat perlawanan, penyokong JDT tidak mampu menahan diri daripada mengucapkan 'terima kasih' kepada pemilik pasukan elit itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail selepas melihat kejayaan Harimau Selatan menewaskan Pohang Steelers.

Laungan 'TMJ' bergema di seluruh Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas ia dimulakan oleh Boys Of Straits (B.O.S) sebelum diikuti seluruh penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu.

Mendengar laungan TMJ, Tunku Mahkota Ismail menyambut ucapan tersebut dengan penuh kegembiraan dan meraikannya bersama-sama penyokong Harimau Selatan.

Melihat situasi tersebut, rata-rata penyokong dari seluruh Malaysia mengucapkan tahniah atas kejayaan JDT yang sehingga kini masih belum dicapai mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M).

"Orang Borneo sokong JDT," komen Inamichie Vie.

"Berbaloi JDT menang, Arif (Aiman) walaupun dikelilingi import tapi tetap berbisa," ujar Zaimah Hamid.

"Kelab dari negara yang main Piala Dunia dapat ditumbangkan oleh kelab negara yang dah 42 tahun tak main Asia," kata Johar Md Sanusi.

"Betul padu! Satu kelab yang mengharumkan nama Malaysia," jelas Suzani Zani.

Tamat perlawanan tersebut, JDT kini berada di tangga keempat ACLE dan berjaya mengatasi kelab gergasi Asia yang lain seperti Shanghai Port (China) dan Ulsan Hyundai (Korea Selatan).

JDT diramalkan akan bertemu Gwangju FC semula selepas kali terakhir Harimau Selatan tumbang di bumi Korea Selatan dalam aksi kumpulan dengan keputusan 1-3 pada 22 Oktober 2024. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram