[VIDEO] Bukan kembali ke Kedah apatah lagi JDT, Liridon Krasniqi bakal jadi rekrut baharu kelab Switzerland


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Jika Liridon berjaya melepasi ujian percubaan bersama FC Schaffhausen, dia akan beraksi di Liga Switzerland.

"HAI semua, Mat Don telah kembali."

Itulah ucapan pertama bekas pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi selepas berkongsi teka-teki mengenai kepulanganya beraksi secara profesional apabila tidak beraksi selama setahun bersama mana-mana kelab bola sepak.

Liridon yang sudah menjangkau usia 33 tahun mahu membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila kini sedang menjalani sesi percubaan bersama kelab Switzerland, FC Schaffhausen.

BACA LAGI: 'Dia nak lihat saya atas padang', Liridon Krasniqi beri bayangan kembali beraksi

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 'offer' main tanpa gaji, Liridon kongsi gol mantap gandingan bersama legenda AC Milan

Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya itu turut berkongsi beberapa klip video sesi percubaannya bersama FC Schaffhausen sekali gus memberikan gambaran bahawa dia akan kembali beraksi di Eropah.

"Saya akan berjaya. Saya akan buktikan kepada diri sendiri dan anda sekali lagi walaupun sudah 33, semuanya tidak mustahil."

Untuk rekod, sebelum ini, Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don pernah menawarkan diri beraksi secara percuma buat Sang Kenari apabila pasukan itu mengalami masalah tunggakan gaji.

Jikalau Liridon berjaya mewakili FC Schaffhausen dan cemerlang di divisyen kedua Liga Switzerland ia secara tidak langsung membuka peluang bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu untuk beraksi semula bersama Harimau Malaya.

Untuk info, FC Schaffhausen kini menduduki tempat tercorot Swiss Challenge League dan berkemungkinan akan tersingkir ke divisyen ketiga liga.

Liridon sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab luar negara seperti Newcastle United Jets (Australia), Odisha FC (India) dan Khon Kaen United (Thailand). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram