[VIDEO] Penyerang import 'meletup' di Liga Thai nyaris maut terkena renjatan elektrik mikrofon


  • Podium
  • Isnin, 17 Feb 2025

Tangkap layar video van Lingen mengalami renjatan elektrik semasa ditemu bual media.

PENYERANG import Suphanburi FC, Oege-Sietse van Lingen terselamat daripada menjadi mangsa renjatan elektrik pada 15 Februari lalu.

Media tempatan, To Doo Ball Thai melaporkan penyerang berusia 26 tahun itu mengalami renjatan elektrik semasa ditemu bual media selepas terpilih sebagai 'Man of the match' dalam aksi menentang Pattaya United.

Situasi itu menyebabkan bekas penyerang Katwijk diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital.

BACA LAGI: Dipintas Selangor 'last minute', ucapan terima kasih jurulatih JDT II beri bayangan tinggalkan Harimau Selatan?

BACA LAGI:

Hanya kutip 1 mata di Likas, ekor Sang Badak mahu Martin Stano diganti musim depan, rindu taktikal OKS

Suphanburi memaklumkan van Lingen kini dalam keadaan stabil. Dia akan berada di wad hospital selama sehari lagi sebelum dibenarkan pulang.

"Kemas kini terbaru tentang keadaan Oege. Doktor memintanya berada di hospital sehari lagi kerana bahunya dikatakan kebas dan sakit. Oege bakal menjalani ujian MRI untuk pemeriksaan lanjut,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Van Lingen memaklumkan dia kini dalam keadaan stabil. Meskipun masih ditahan di wad, bekas penyerang F91 Dudelange itu tetap gembira kerana dapat membantu Suphanburi meraih tiga mata penuh.

"Terima kasih atas semua mesej (anda). Jangan risau, saya dalam keadaan baik dan saya sudah menghabiskan satu malam di hospital.

 

 

"Doktor telah menjaga saya dengan baik. Semoga Tuhan merahmati anda. Walaupun dalam situasi ini, bola sepak ialah perkara kedua.

"Tetapi saya gembira kerana dengan tiga mata yang penting (buat Suphanburi). Saya membantu menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol," katanya di Instagram.

 

 

Insiden tersebut turut menarik perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam. Beliau mengarahkan keadaan Oege dipantau sehingga beliau kembali pulih.

FAT turut mengarahkan semua kelab Thailand untuk meningkatkan aspek keselamatan kelab masing-masing bagi memastikan situasi itu tidak berulang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram