Muat naik foto hitam putih, tonggak JDT ucap selamat tinggal lepas 2 musim bersama


  • Podium
  • Rabu, 19 Feb 2025

JDT sedang melakukan persiapan rapi menjelang musim baharu MPFL 2025. — Facebook/JDT

WALAUPUN berstatus juara bertahan, ia bukan alasan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk melakukan persiapan rapi menjelang musim baharu saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2025 yang akan bermula pada 8 Mac nanti.

JDT musim ini akan menerima tentangan daripada tujuh pasukan iaitu Selangor, Pahang Rangers, Sabah, Kuala Lumpur (KL) City, Tot United serta dua pasukan dari divisyen 2 lalu iaitu Kedah dan Malaysian University FC (MUFT).

Setakat ini, skuad Harimau Selatan sudah mengesahkan kehadiran bekas pemain Selangor iaitu Syed Aizat Daniel ke kem JDT dan mengumumkan perpisahan bersama pemain posisi tengah atau Ala, Yazid Kamaruzuan pada Januari lepas.

BACA LAGI: Kempen MPFL makin mencabar, bekas tonggak Sabah jadi pilihan Pahang Rangers

BACA LAGI: Guntur tak kotakan janji bersama Pahang Rangers, teruskan kesinambungan karier di Indonesia

Terbaharu, juara Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 itu juga dijangka kehilangan khidmat Mohd Azwann Ismail selepas pemain fixo (bek) tersebut memuat naik gambar hitam putih di Insta Story miliknya.

Pemain berusia 32 tahun itu dikesan dilihat memuat naik fotonya menyarung jersi JDT dan hantaran lain pula menunjukkan koleksi medal dan piala yang dimenanginya bersama Harimau Selatan.

"Junjung kasih Tuanku, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim. Terima kasih untuk memori yang hebat JDT," kapsyennya pada foto hitam putih yang dimuat naiknya pada Selasa.

WhatsApp_Image_2025-02-19_at_18.07.53

Tangkap layar hantaran dari Mohd Azwann.

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi mengenai perpisahan Mohd Azwann namun rata-rata penyokong membuat spekulasi bahawa ia merupakan hantaran selamat tinggal daripada pemain berkenaan.

Pemain yang boleh beraksi di posisi ala kanan itu menyertai revolusi futsal JDT pada 2023 selepas Mohd Azwann merupakan watak utama membantu Selangor MAC menjuarai MPFL untuk saingan 2022.

Mohd Azwann atau lebih dikenali sebagai Dekwan merupakan salah seorang penjaring yang membantu Harimau Selatan menewaskan Selangor dengan keputusan 3-2 pada final Piala Futsal Malaysia 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram