Kempen MPFL makin mencabar, bekas tonggak Sabah jadi pilihan Pahang Rangers


  • Podium
  • Khamis, 06 Feb 2025

Syazwan yang boleh beraksi di posisi fixo diharapkan mampu membantu Pahang Rangers dalam meneruskan kecemerlangan mereka. — Facebook/Pahang Rangers FC

SELEPAS kehilangan beberapa pemain utama menjelang kempen Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2024, isu sama sekali lagi melanda Pahang Rangers FC apabila sebahagian tonggak mengambil keputusan meninggalkan kelab Pantai Timur itu.

Saiful Nizam Ali dan Nazreen Saudi merupakan dua pemain mereka yang awal mencari majikan baharu apabila secara rasmi menyertai naib juara musim lalu, Selangor FC.

Beberapa bintang import turut berbuat demikian dengan pemain dari Indonesia, Guntur Sulistyo dilaporkan kembali ke negara asalnya sementara Murilo Carlos Saad mengambil tindakan yang sama.

BACA LAGI: Guntur tak kotakan janji bersama Pahang Rangers, teruskan kesinambungan karier di Indonesia

BACA LAGI: Tak ikut rakan berhijrah, import Brazil 'ajar' erti sebenar setia bersama Pahang Rangers

462229546_935657465265171_5040563673490629192_n

Pahang Rangers menamatkan saingan MPFL musim lalu di tangga ketiga. Facebook/Pahang Rangers FC

Kehilangan nama-nama besar itu dikhuatiri akan menyekat peluang Pahang Rangers memberi saingan dalam MPFL musim depan, lebih-lebih lagi dengan Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuat persiapan.

Namun, ia bukanlah alasan buat pihak pengurusan kelab untuk terus berdiam diri menjelang kempen baharu kerana mereka turut membawa masuk pemain baharu yang bagaimanapun masih belum dikenali ramai.

Dalam perkembangan terkini, skuad bimbingan Luis Fonseca itu dilaporkan sudah menandatangani pemain yang beraksi di posisi pertahanan atau 'fixo' iaitu Syazwan Musa yang beraksi bersama Sabah FC musim lalu.

Berita itu disampaikan juara MPFL 2023 berkenaan di laman media sosial kelab dengan mereka amat berbesar hati mengalu-alukan rekrut berusia 27 tahun dari kelab Borneo tanah air berkenaan.

476350280_18372492976141404_8028564994818121214_n

Syazwan merupakan rekrut terbaru Pahang Rangers bagi musim MPFL baharu. Facebook/Pahang Rangers FC

"Pahang Rangers berbesar hati mengumumkan Syazwan Ashraf Musa sebagai rekrut baru bagi musim 2025. Syazwan atau lebih dikenali sebagai Peta merupakan pemain kelahiran Melaka yang beraksi di posisi 'fixo'.

"Pernah membantu Melaka menjulang trofi Liga Futsal Kebangsaan 2017, Peta turut membawa pengalaman beraksi bersama Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan tahun lalu bersama Sabah," tulisnya.

Kelab Pantai Timur tersebut membawa masuk Syazwan yang membantu Sabah menduduki tangga kelima MPFL musim lalu, namun gagal membantu pasukannya melepasi peringkat awal Piala Malaysia Futsal.

Meskipun sumbangannya tidaklah begitu menyinar, pengalaman serta gaya permainannya sepanjang musim sudah cukup untuk membolehkannya menyertai gergasi futsal tanah air itu.

Selain Syazwan, Pahang Rangers turut bertindak membawa masuk beberapa pemain baharu lain seperti Adam Rayyan dari Terengganu serta seorang import dari Brazil, Moura. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram