
PENYERANG sayap Manchester United, Antony berkongsi bahawa dia kini telah menemui dirinya semula setelah dipinjamkan ke kelab Sepanyol, Real Betis, pada jendela perpindahan Januari.
Pemain Brazil itu memberitahu bahawa segala-galanya kini berjalan lancar untuknya di Betis berikutan dia kembali merasai kegembiraan bermain bola sepak.
Menurut laporan AS, Antony, yang pada awalnya bergelut di Manchester United, kini mempamerkan prestasi cemerlang di Betis dengan mencatatkan tiga gol dan satu bantuan dalam empat perlawanan.
BACA LAGI: Dihalau fans, Casemiro berdegil mahu setia bersama Man United
BACA LAGI: Tewas tipis tangan Spurs, Amorim baru sedar bukan mudah jadi pengurus Man United
Kejayaan awalnya itu sangat berbeza berbanding dengan prestasi di Old Trafford apabila dia hanya menjaringkan 12 gol dan lima bantuan dalam 96 perlawanan sejak perpindahan besar dari Ajax.
Antony turut menjelaskan bahawa dia telah mengalami masa yang sukar di United, terutamanya di bawah pengurus Ruben Amorim sejak November lalu.
Kini, dia mengakui bahawa keputusan untuk pindah ke Betis adalah langkah terbaik untuk memulihkan semula keyakinannya.
“Perkara yang paling penting adalah saya telah menemui diri saya semula. Saya gembira dapat menikmati setiap hari. Segala-galanya berjalan lancar apabila kita gembira dan puas,” kata Antony.
Antony tidak memperoleh minit permainan yang banyak bersama Man United. — Agensi
Antony juga mengakui bahawa dia bermain sangat sedikit di Manchester, tetapi menyatakan rasa terima kasih kepada kelab tersebut dan jurulatih yang telah berbincang dengannya.
"Saya memenangi dua kejuaraan di Manchester, dan saya sangat berterima kasih. Tetapi di sini, di Betis, saya merasa lebih bahagia.
“Orang di sini seperti kami di Brazil, dan matahari banyak membantu. Saya sangat gembira di sini, dan setiap hari saya bangun dengan senyuman,” tambahnya.
Keputusan Antony untuk mencabar dirinya di Sepanyol telah membuahkan hasil yang positif, dan dia kini sedang menikmati semula permainan bola sepak dengan penuh keyakinan dan kegembiraan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram