Tewas tipis tangan Spurs, Amorim baru sedar bukan mudah jadi pengurus Man United


  • Podium
  • Isnin, 17 Feb 2025

Amorim mengakui berdepan kesukaran di Manchester United selepas pasukannya bergelut dengan masalah kecederaan. — AFP

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim mengakui tugasnya semakin sukar selepas kekalahan 0-1 kepada Tottenham Hotspur, yang menyebabkan pasukannya tergelincir ke tangga ke-15 dalam Liga Perdana Inggeris.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh James Maddison pada minit ke-13 sudah cukup untuk memastikan kemenangan buat Spurs, sekali gus memberikan United kekalahan kelapan mereka dalam 12 perlawanan liga musim ini.

The Red Devils terus bergelut dengan prestasi tidak menentu, selain dibelenggu krisis kecederaan yang melibatkan 12 pemain utama.

BACA LAGI: Terus bersinar sejak tinggalkan Man United, Antony cetak gol pertama Eropah buat Real Betis

BACA LAGI: Perodua dapat peluang letak logo di jersi Man United?

Situasi tersbut memaksa pengendali berusia 40 tahun berkenaan mengisi bangku simpanan dengan beberapa pemain muda, yang kebanyakannya belum berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi.

Dalam sidang media selepas perlawanan, pengendali dari Portugal itu tidak berselindung mengenai cabaran yang dihadapinya sejak menyertai kelab itu pada November lepas.

“Saya mempunyai banyak masalah. Tugas saya sangat sukar, tetapi saya akan terus berusaha dan cuba untuk menang pada perlawanan seterusnya," katanya kepada Sky Sports.

Walaupun pasukannya ketinggalan selama lebih 70 minit, Amorim hanya membuat pertukaran pertama pada minit pertama masa kecederaan dengan memasukkan pemain berusia 17 tahun, Chido Obi.

obi_obi

Obi dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi menentang Spurs. — Agensi

Penyerang muda itu merupakan salah seorang daripada lapan remaja di bangku simpanan, namun Amorim menjelaskan bahawa beliau enggan memberi terlalu banyak tekanan kepada mereka dengan menurunkan mereka terlalu awal.

"Ia adalah liga paling kompetitif di dunia “Saya perlu berhati-hati dengan pemain muda ini. Saya rasa pasukan sedang berusaha mencari gol, jadi saya tidak mahu mengubah terlalu banyak perkara. Tetapi mereka pasti akan mendapat peluang," katanya memetik laporan BBC Sport.

Mengulas lanjut, Amorim menegaskan bahawa fokus utamanya adalah membantu pasukan keluar dari situasi sukar ini.

man_spurs

Antara aksi perlawanan Man United menentang Spurs pada Isnin. — Agensi

“Saya di sini untuk membantu pemain saya. Saya faham situasi yang saya hadapi dan saya yakin dengan kerja saya. Saya hanya mahu menang dalam perlawanan,” katanya.

“Kedudukan dalam liga menjadi kebimbangan utama saya, bukan kedudukan saya sebagai pengurus,” tambahnya.

Manchester United kini berdepan tekanan besar untuk kembali ke landasan kemenangan bagi mengelakkan situasi mereka bertambah buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram