
SELEPAS Sabah FC kehilangan khidmat jurulatih berpengalaman Liga Malaysia (Liga M) Datuk Ong Kim Swee, skuad The Rhinos tampak bergelut untuk memberi aksi konsisten dalam saingan liga dan kejohanan Piala Malaysia.
Kim Swee memutuskan untuk menyertai pasukan Indonesia, Persis Solo pada November lepas dan khidmatnya digantikan oleh Marin Stano dengan kontrak jangka pendek sehingga penamat musim Liga Super 2024/2025.
Bagaimanapun, pengendali Slovakia itu masih belum mencapai tahap kepuasan penyokong selepas gagal membantu The Rhinos mara ke pentas final Piala Malaysia susulan tewas 2-3 secara agregat di tangan Sri Pahang.
BACA LAGI: 'Loyalty makes us family', seperti diduga, keberadaan Tan Cheng Hoe kini diketahui
BACA LAGI: Makin tak sabar dengan bintang Portugal, fans Sabah anggap Telmo semakin hilang kreativiti
Taktikal diterapkan Stano semakin kurang digemari penyokong selepas pasukan berpangkalan di Borneo tanah air itu hanya mencatat keputusan seri 2-2 menentang Sri Pahang dalam aksi Liga Super pada Ahad.
Keputusan itu menyebabkan Sang Badak hanya mendapatkan satu mata dan menyukarkan untuk mereka mendapatkan mata selesa bagi menempatkan pasukan dalam kelompok tiga teratas saingan Liga Super.
Kini, Sabah berada di tangga ketiga dengan mengumpul 33 mata selepas mengharungi 18 perlawanan. Ia hanya dibezakan enam mata dengan Terengganu FC yang berada di kedudukan keempat Liga Super.
Stano diberikan kontrak jangka pendek sehingga penamat musim Liga Super 2024/2025. — Facebook/SabahFC
Jika pendekatan digunakan pengendali berusia 47 tahun itu masih memberi keputusan sama, jangan terkejut jika Sang Badak akan dipintas skuad Sang Penyu saat-saat akhir sebelum liga melabuhkan tirainya.
Bagi sesetengah penyokong, pihak pengurusan sebaiknya menggantikan Stano kepada jurulatih yang lebih berpengalaman dengan nama Tan Cheng Hoe dianggap sebagai pengendali sesuai mengepalai Sabah FC.
"Bagus Sabah FC ambil Tan Cheng Hoe (TCH) sebagai ketua jurulatih. Rombak pemain yang tidak bagus dan cari yang murah tapi kualiti. Contoh macam pemain bintang Timor Leste, Joao Pedro.
"Cari import murah tapi kualiti gred A. Prestasi pemain-pemain yang ada sekarang pun semakin drop terutama yang sudah berumur. Tukarlah yang muda-muda bah. Masalah baru lagi bahagian serangan pun tumpul," cadang penyokong The Rhinos, Kinabalu Kaichon.
Tangkap layar kedudukan Liga Super setakat ini.
Cheng Hoe kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas khidmatnya ditamatkan oleh pihak pengurusan pada Jun 2024.
Sebelumnya, bekas jurulatih kebangsaan berkenaan sukses membantu Selangor berada di pentas Asia musim ini selepas menamatkan kedudukan Gergasi Merah sebagai naib juara Liga Super 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram