
SEJAK dahulu, kancah bola sepak tempatan sering diserikan dengan kehadiran pelbagai pemain import dari seluruh dunia seperti Amerika Selatan dan Afrika.
Tetapi, tidak dinafikan yang saingan domestik kita pernah menyaksikan bintang dari rantau Asia Tenggara pernah menggegar Liga Malaysia Malaysia (M) dengan kualiti mereka hingga menjadi pujaan peminat.
Legasi yang ditinggalkan mereka kekal berpanjangan dan buatkan penyokong sentiasa mengenang mereka sebagai antara yang terbaik.
BACA LAGI: Mungkin dapat percuma, Jalil Elias ikut jejak Chico Geraldes tak balik JDT
BACA LAGI: 'Kino sampai bila nak simpan Faisal', fans Selangor mahu Kinoshi kembalikan aura 'siuuu'
Harris Harun (Singapura)
Legasi yang ditinggalkan oleh Harris Harun di Liga M boleh dikatakan sudah melepasi apa yang dilakukan oleh rakan senegaranya seperti Fandi Ahmad dan Shahril Ishak.
Hal ini kerana, sepanjang beraksi untuk Lions XII dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Hariss menjadi watak penting buat kedua-dua kelab dalam merangkul segala gelaran domestik di Malaysia.
Hariss merupakan antara pemain import JDT paling berjaya. — JOHOR Southern Tigers
Sumbangan Hariss pastinya lebih diingati ketika bersama JDT apabila dia berjaya menjadi pemain tengah berkaliber yang membawa pulang pelbagai kejuaraan termasuklah Piala AFC pada 2015 serta menjadi ketua pasukan.
Boleh dikatakan, Hariss adalah pemain Singapura paling berjaya dalam sejarah Liga Malaysia.
Kiatisuk Senamuang (Thailand)
Sedar atau tidak, Thailand tidak mempunyai ramai pemain mereka yang beraksi di Liga Malaysia terutamanya sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004.
Namun begitu, pemain seperti Kiatisuk Senamuang tetap diingati menerusi legasi ditinggalkan semasa beraksi untuk Perlis pada 1999.
Impak Senamuang itu sementara tetapi berpanjangan buat Perlis. — Che Din
Rekod 22 gol dalam 21 penampilan cukup mengagumkan untuk bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand itu apabila selepas semusim bersama Singa Utara, Senamuang menyertai kelab England iaitu Huddersfield Town.
Akan tetapi, perpindahannya ke England tidak begitu menjadi pengurus Huddersfield ketika itu, Steve Bruce menganggap perpindahan Senamuang ke sana tidak lebih daripada sekadar publisiti kelab.
Bambang Pamungkas (Indonesia)
Selain Singapura, Indonesia juga merupakan negara yang sering mempunyai pemain mereka beraksi di Malaysia dan Bambang Pamungkas adalah salah satunya.
Beraksi bersama Selangor FC, persembahan Bambang sebagai penyerang nyata mencuri hati penyokong hinggakan persembahannya berjaya membantu Gergasi Merah meraih gelaran treble pada 2005 (Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia).
Bambang adalah legenda moden bola sepak Selangor.
Ditambah dengan ketajaman gandingannya bersama-sama rakan senegara iaitu Elie Aiboy dan Brian Fuentes menambahkan lagi sengat sekali gus menjadikan ia sebagai antara detik hebat dalam sejarah moden Gergasi Merah.
Legasi Bambang bersama Selangor sentiasa dikenang kerana bermula di Shah Alam, statusnya sebagai legenda Indonesia terbina. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram