PEMAIN paling bernilai dalam sejarah Liga Super, Jalil Elias nampaknya akan kembali memeriahkan Liga Malaysia (Liga M) bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas Velez Sarsfield difahamkan enggan menebus kontrak bintang Argentina berkenaan.
Tonggak berusia 28 tahun itu dipinjamkan ke kelab berpangkalan di Argentina tersebut bagi memberinya peluang untuk meraih minit permainan selepas dia hanya merekodkan satu penampilan Liga Super.
Perpindahan pemain skuad kebangsaan Syria itu ke Velez Sarsfield jelas membuahkan hasil baginya apabila baru-baru ini, dia berjaya membantu pasukan tersebut mara ke pusingan akhir Copa Argentina.
BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan TMJ 'loan' 3 import tepat, prestasi semasa jadi ukuran 'booking' slot di JDT
BACA LAGI: [VIDEO] Import baharu JDT sarung jersi no 7, petanda Jalil Elias sudah tinggalkan Harimau Selatan
Ini selepas kelab tersebut menyingkirkan gergasi bola sepak Amerika Selatan, Boca Juniors dengan keputusan 4-3 dalam pertembungan separuh akhir yang berlangsung pada Khamis.
Pencapaian itu sememangnya bermakna kerana sebelum ini, Velez Sarsfield tidak pernah layak ke pentas akhir Copa Argentina apatah lagi menjuarai kejohanan berkenaan. Ia membuatkan ramai penyokong mengharapkan agar Jalil diserap sebagai pemain tetap.
Bagaimanapun, hasrat penyokong kelab untuk menyaksikan dia terus menyarung jersi Velez Sarsfield tidak kesampaian selepas mereka tidak sanggup membayar US$ 1,800,000 (RM8 juta) kepada majikan Jalil iaitu Harimau Selatan.
Tangkap layar hantaran dari Martin Etcheverry.
"El Fortin tidak akan menggunakan pilihan pembelian, yang berharga AS$ 1,800,000 (RM8 juta). Jalil cuba merundingkan pinjaman baharu, tetapi Johor hanya akan membenarkannya jika dibeli," kata pengamal media Argentina, Martin Etcheverry.
Situasi dialami Jalil itu seolah-olah mirip dengan penyerang berbisa dari Argentina, Jonathan Herrera yang hanya menyarung jersi JDT selama dua musim dan dipinjamkan ke pasukan lain dalam tempoh berkenaan.
Herrera dibawa masuk sebagai penyerang import JDT untuk Liga M musim 2020. Namun ketika itu, mereka turut mendapat tawaran untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman dari kelab gergasi Argentina, Independiente.
Herrera yang hanya menyarung jersi JDT selama dua musim. — Instagram/JDT
Disebabkan tawaran lumayan dari Independiente, JDT melepaskan Herrera secara pinjaman dengan pilihan menjadikan perjanjian pinjaman pemain itu sebagai perpindahan tetap dengan yuran sebanyak $1 juta (RM4.1 juta) pada ketika itu.
Namun, Independiente tidak mahu menjadikan Herrera sebagai pemain tetap dan menimbulkan isu sehingga melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Akhirnya menyaksikan kelab itu terpaksa membayar denda kepada JDT sebanyak $1.1 juta (RM4.5 juta).
Untuk rekod, pemain yang kini bersama Club Deportivo Riestra tersebut tidak pernah merekodkan sebarang penampilan bersama JDT sehingga dilabel import 'scam' oleh rata-rata penyokong juara bertahan Liga Super itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram