
PENGURUS pasukan Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh sah dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini selepas keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 untuk jawatan Naib Presiden FAM diumumkan secara rasmi oleh FAM pada pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang berlangsung di Hotel Dorsett Grand Subang pada Sabtu (15 Februari).
Dollah yang pernah menggalas peranan sebagai pengendali Harimau Malaya terpilih selepas menerima 16 undian.
BACA LAGI: [VIDEO] Suka lah saya tak bertanding — Hamidin Mohd Amin
Sekali gus menjadikan beliau antara yang menerima undian ketiga tertinggi daripada empat calon lain.
Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail dan Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin turut terpilih sebagai Naib Presiden FAM.
N. Saaran menerima undian keempat tertinggi dengan 13 undian.
Ini menjadikan Rosmadi, Azhar, Dollah dan Saaran sebagai Naib Presiden FAM yang baharu.
Manakala, Datuk Zainal Abidin Hassan pula diumumkan sebagai salah satu daripada lapan kerusi ahli jawatankuasa eksekutif (EXCO) FAM.
Bekas pengendali Selangor dan Pahang itu mendapat 18 undi, sekali jumlah undian tertinggi dalam kalangan 14 calon yang bertanding bagi jawatan EXCO.
Dalam pada itu, Datuk Joehari Mohd Ayob sah dipilih sebagai Presiden FAM yang baharu.
Ini selepas beliau memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029.
Sebelum ini, Joehari menggalas peranan sebagai Naib Presiden FAM untuk penggal 2021 hingga 2025.
Ini menjadikan beliau presiden FAM kelapan menggantikan penyandang sebelumnya, Tan Sri Hamidin Mohd Amin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram