'Tomi kirim salam', fans Terengganu rindu kelibat Tomislav Steinbruckner lepas terkena ‘comeback’ di tempat sendiri


  • Podium
  • Sabtu, 15 Feb 2025

Tomislav telah mengundurkan diri daripada kem Terengganu susulan desakan hebat daripada penyokong dan pihak pengurusan.

PENYOKONG Terengganu FC (TFC) dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan pertemuan melibatkan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Jumaat (14 Februari).

Manakan tidak apabila pasukan pelawat, KL City berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk membawa pulang tiga mata berharga dengan keputusan akhir 2-1 meskipun Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol.

Jaringan berkelas dunia Safwan Mazlan dari luar kotak penalti pada minit ke-15 berjaya disenyapkan KL City menerusi gol Paulo Josue dan Patrick Reichelt.

BACA LAGI: [VIDEO] Rival sejati JDT di ACLE, ex Inter Milan antara 3 bintang wajar disambar kelab Liga Super musim depan

BACA LAGI: Kesilapan teknikal atau realiti, tak semena-mena Andoni Zubiaurre dikhabar berdarah Malaysia

Melihat keputusan akhir Terengganu itu, penyokong mula melontarkan pelbagai komen di ruangan media sosial rasmi Sang Penyu.

Mereka mengkritik corak permainan skuad kendalian Badrul Afzan Razali yang dilihat mudah selesa selepas mendahului perlawanan.

Namun apa yang lebih menarik, penyokong Sang Penyu mula merindui kelibat Tomislav Steinbruckner yang dipecat pada 1 Oktober tahun lalu susulan prestasi tidak menentu.

Menurut Ahmad Ashraf, ketika di bawah era Tomislav, Terengganu hanya kalah dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC dalam liga.

"Elok-elok sebelum ini kalah dengan JDT dan Selangor sahaja dalam liga, dia (pihak pengurusan) pergi buang.

"'Coach' ini (Badrul Azfan) kalah dengan Kedah Darul Aman FC dekat 'away' dan Kuala Lumpur dekat 'home'. Apa tindakan? Senyap?," soalnya.

Manakala Muhammad Amirul pula menyifatkan pengunduran Tomislav juga berpunca daripada desakan penyokong yang tidak berminat dengan caranya mengendalikan pemain.

"Tomi (Tomislav) kirim salam dulu, Tomi siap ada penyokong suruh buang kata pemain tak boleh nak fokus sebab jurulatih tegas.

"Tengok liga luar, jurulatih tegas baru pemain tak berlagak 'star', Coach Bad (Badrul Azfan) banyak puji pemain walaupun mainannya tak bagus. Dulu masa Coach Tomi pemain main tak betul boleh nampak 'stress'," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Ali menyeru agar barisan kejurulatihan lebih tegas dalam menyusun taktikal dan mengendalikan pemain.

"Bukan setakat kesilapan sahaja, daripada dulu lagi bila dah 'leading' satu gol, bermain sambil lewa macam 'leading' lima gol.

"Tak ubah pemikiran pemain, jurulatih kenalah tegas, ini cepat puas hati. Main tempat sendiri pun boleh kalah," ujarnya.

Kekalahan kepada KL City itu menimbulkan kerisauan penyokong Terengganu apabila Sang Penyu bakal melayani kunjungan Kuching City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 Februari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram