
"SUKA lah itu saya tak bertanding."
Itulah ucapan pertama oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Hamidin Mohd Amin pada pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang berlangsung di Hotel Dorsett Grand Subang pada Sabtu (15 Februari).
Seloroh Hamidin itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam media sosial miliknya yang merakamkan situasi tersebut.
Sebelum ini, Hamidin sah tidak mempertahankan jawatannya selaku Presiden FAM kerana ingin memberi laluan kepada individu baharu menerajui badan induk itu.
Hamidin turut mengesahkan keputusan itu dibuat olehnya sendiri tanpa ada paksaan mana-mana pihak atau desakan daripada penyokong bola sepak tempatan.
Selain itu, FAM sebelum ini turut mengesahkan tidak ada perebutan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Kongres Pemilihan Penggal 2025-2028.
‘ Suka la.. sy tak bertanding.. ‘
Seloroh Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin
Kongress berhenti seketika sebelum bersambung ke babak undian.. pic.twitter.com/ge7n6AFeC2
— FinaNasrom (@fnasrom) February 15, 2025
FAM mengesahkan Datuk Joehari Mohd Ayub menjadi calon tunggal pada kongres kali ini sekali gus mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Tan Sri Hamidin Mohd. Amin.
Manakala posisi Timbalan Presiden juga tidak tercabar apabila dijangka kekal menjadi milik penyandang terdahulu, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram.
Kongres kali ini, tumpuan hanya terarah kepada perebutan empat slot Naib Presiden dan jawatan exco-exco dalam badan induk persatuan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram