
BELUM lagi menyarung jersi Harimau Malaya, sikap Bergson da Silva yang cukup menghargai peminat-peminatnya wajar dikagumi meskipun hanya mencurahkan sepenuh tenaga kepada kelab dianggotainya.
Bakal pemain naturalisasi kebangsaan itu dilihat meraikan kehadiran penyokong-penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) di hotel penginapan mereka yang sanggup menunggu ketibaan skuad Harimau Selatan selepas berjaya menewaskan Central Coast Mariners baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video oleh @Kamariahkem2400 di aplikasi TikTok memperlihatkan beberapa pemain JDT disambut dengan gembira oleh penyokong-penyokong skuad Harimau Selatan yang hadir ke Australia.
BACA LAGI: Kelab rugi teruk, pemilik Manchester United mahu buang 200 pekerja lagi
BACA LAGI: [VIDEO] Nasib malang buat JDT, Mesa lengkapkan 'hatrik' import cedera lepas aksi debut
Selepas menyambut setiap kedatangan pemain, akhirnya Bergson menyapa dan bertepuk tangan dengan semua penyokong yang hadir sambil memuji mereka dengan melontarkan perkataan 'mantap'.
Walaupun Bergson beraksi hampir 90 minit dalam aksi JDT menentang Central Coast Mariners yang berkesudahan 2-1, ia tidak menghalang untuk pemain berusia 34 tahun itu meraikan kemenangan bersama peminat.
Dalam perlawanan itu, JDT berjaya mengutip tiga mata penuh sekali gus membuka laluan mereka untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Untuk rekod, Bergson bakal menyertai skuad revolusi Harimau Malaya seperti didedahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail selepas memenuhi syarat lima tahun beraksi di negara ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram