Strategi ESG untuk PKS: Bagaimana PKS jana penjimatan, tarik pelabur


  • Bizz
  • Ahad, 30 Mac 2025

Syarikat PKS dalam sektor pembuatan dilaporkan menjadi antara industri yang mendahului dalam pelaksanaan amalan ESG bagi operasinya. — Gambar hiasan

DALAM dunia perniagaan semakin kompleks dan berdaya saing, amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) kini menjadi satu keperluan utama dalam sektor korporat.

Malah, pelaksanaan prinsip tersebut bukan hanya melibatkan syarikat besar tetapi juga kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Ini kerana, ESG bukan sekadar satu trend global, tetapi turut digunakan sebagai pendekatan strategik yang boleh memberi impak besar kepada kelestarian perniagaan dalam jangka panjang.

BACA LAGI: 'Hikmah tak jadi kahwin', Umar guna modal duit pernikahan bina perniagaan rumah inap, raih pendapatan hampir sejuta sebulan

BACA LAGI: 120 jam tangan edisi khas M. Nasir laris, Artwist.Co tepis skeptikal kualiti jenama tempatan

Dalam pada itu, landskap perniagaan masa kini menyaksikan pertimbangan terhadap amalan mapan itu turut menjadi kunci kepada kejayaan dan kemapanan sesebuah syarikat termasuk di peringkat PKS.

Bagaimanapun, pengamal undang-undang Nik Erman Nik Roseli berpandangan, di dalam negara ketika ini, kesedaran mengenai perkara tersebut masih terhad sebahagiannya kepada syarikat besar.

Hands holding the green ball that writes the word ESG with ESG icon concept for environmental. Nature Сonservation, Ecology, Social Responsibility and Sustainability.

ESG kini digunakan sebagai pendekatan strategik yang boleh memberi impak besar kepada kelestarian perniagaan dalam jangka panjang.

Ujarnya, keadaan itu terjadi meskipun kepentingan kelestarian itu turut tidak terkecuali buat PKS.

"Bagi PKS, memupuk reputasi positif adalah penting. Melaksanakan dasar ESG boleh meningkatkan reputasi mereka dalam kalangan pelanggan, pelabur dan pihak berkepentingan," katanya yang juga peguam bela dan peguam cara daripada Amir Khasyairi & Associates.

Menurut Nik Erman, pelaksanaan amalan ESG kepada PKS itu meliputi langkah membangun dan melaksanakan strategi komprehensif untuk disesuaikan dengan keperluan dan matlamat khusus syarikat terbabit.

Dengan tumpuan semakin meningkat pada ESG, badan kawal selia semakin menuntut ketelusan dan akauntabiliti daripada perniagaan.

Justeru katanya, PKS wajar mengikuti perkembangan peraturan dan piawaian amalan mapan berkenaa untuk memastikan pematuhan dan mengelakkan isu undang-undang yang berpotensi timbul.

"Seorang peguam berpengalaman dalam hal ESG boleh membantu PKS melayari rangkaian peraturan kompleks, memastikan pelanggan memahami kewajipan mereka dan membantu dalam pembangunan rangka kerja pengurusan risiko yang berkesan," jelasnya.

Green building certification organisation GreenRE revealed new certification standards for already-existing non-residential buildings nationwide, including hotels, offices, malls, schools and healthcare facilities. The certification requirements encompass various energy-efficient practices and features, such as the utilisation of renewable energy, natural and mechanical ventilation, thermal performance of the building envelope and others. GreenRE will be working closely with the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation to ensure compliance with the upcoming Energy Efficiency and Conservation Act (EECA).

ESG dilapor dapat memberikan penjimatan kos signifikan kepada PKS.

Pelaburan

ESG kini menjadi pertimbangan penting bagi pelabur.

Berikutan hari ini semakin ramai mengutama kan syarikat sejajar dengan matlamat kemapanan mereka.

"Menerima prinsip ESG menjadikan PKS menarik kepada lebih banyak bakal pelabur dan pemberi pinjaman, membuka pintu kepada peluang pembiayaan dan pelaburan modal.

"Seorang peguam boleh membantu PKS dalam mempamerkan komitmen mereka kepada ESG melalui pendedahan yang betul, usaha wajar dan pelaporan telus itu meningkatkan daya tarikan mereka kepada pelabur," ujarnya.

Nik Erman juga berpandangan seorang peguam yang mahir dalam hal berkaitan ESG boleh mengenal pasti peluang untuk memperkemas proses, mengurangkan pembaziran dan melaksanakan inisiatif mapan sejajar objektif strategik syarikat.

Interview with SJK (C) Kg Baru Ampang school board for their community garden that use to educate students and they won the ESG competition for village vision. — YAP CHEE HONG/The Star

Pelaksanaan ESG dalam kalangan syarikat PKS turut berpotensi menarik pelaburan besar. — Gambar hiasan

Katanya, pendekatan kolaboratif itu memupuk inovasi dan membolehkan PKS kekal di hadapan dalam pasaran yang semakin kompetitif.

"Apabila PKS menerima ESG, mereka boleh memperoleh kelebihan daya saing, memupuk kejayaan jangka panjang dan menyumbang secara positif kepada masyarakat dan alam sekitar." terangnya lanjut.

Di Malaysia, amalan ESG dilapor dapat memberikan penjimatan kos signifikan kepada PKS dengan Bank Negara Malaysia memaklumkan sebanyak 89 peratus kumpulan perniagaan terbabit berjaya merekodkan penjimatan kos purata sebanyak 39 peratus, dengan 11 peratus daripada mereka mencapai lebih 50 peratus penjimatan kos.

Berdasarkan Laporan ESG 2.0 yang diterbitkan Alliance Bank Malaysia Berhad pada Januari 2025, 60 peratus PKS telah mula melaksanakan inisiatif ESG, dengan sektor pembuatan (69 peratus) dan pembinaan (60 peratus) mendahului dalam penerapan amalan tersebut.

Namun, SME Corporation Malaysia menyatakan bahawa walaupun 60 peratus PKS termasuk mikro menyedari kepentingan ESG, tahap adaptasi dan pelaksanaan amalan tersebut masih rendah dan belum menyeluruh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram