[VIDEO] Hanya jalan ‘terhincut-hincut’ Roque Mesa mungkin berpeluang jumpa Pohang Steelers


  • Podium
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Mesa menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan di kaki kerana kesalahan teknik menerjah pihak lawan.

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Central Coast Mariners (CCM) 2-1 wajar mendapat pujian kerana Harimau Selatan merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang masih bertahan di pentas Asia.

Ini kerana Selangor FC terkandas lebih awal di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) selepas hanya menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan H.

Namun begitu, kejayaan JDT dalam perlawanan ACLE itu terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas pemain import baharu, Roque Mesa hanya sempat beraksi selama 26 minit.

BACA LAGI: [VIDEO] Nasib malang buat JDT, Mesa lengkapkan 'hatrik' import cedera lepas aksi debut

BACA LAGI: [VIDEO] Hargai fans JDT lepas game, tak hairan kalau Bergson mampu menangi hati ekor Harimau Malaya

Ia selepas Mesa melakukan terjahan sebelum mengalami kecederaan di kakinya kerana kesalahan teknik ketika membentes kaki pihak lawan.

Dalam perlawanan itu, Mesa cuba beraksi semula selepas menerima rawatan namun pemain berusia 36 tahun tersebut meminta untuk digantikan kerana tidak mampu meneruskan permainan.

Mesa menjadi pemain terbaharu dalam senarai kecederaan bintang JDT musim ini selepas Feroz Baharudin, Syahmi Safari dan Hong Wan yang terpaksa berehat panjang.

Namun begitu, menerusi perkongsian video oleh @Kamariahkem2400 dalam TikTok, Mesa dilihat mampu berjalan seperti biasa selepas tamat perlawanan ketika ketibaan skuad Harimau Selatan di hotel penginapan mereka.

Keadaan Mesa dilihat tidak begitu serius apabila hanya berjalan secara ‘terhincut-hincut’ selepas turun daripada bas.

Jikalau Mesa mampu pulih dalam tempoh terdekat, pemain berusia 36 tahun itu mungkin berpeluang untuk melakukan debut di hadapan ribuan penyokong Harimau Selatan menentang Pohang Steelers pada Selasa (18 Februari). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram