Ilmu 'made in' JDT jadi senjata Adam sambar trofi Piala Malaysia, prospek Pahang gembira beraksi bersama kawan baik


  • Podium
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Kejayaan melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia musim ini melakar senyuman di wajah skuad Tok Gajah. — Facebook/Sri Pahang FC

PRESTASI semasa Liga Super tidak menghalang Sri Pahang FC untuk mengesahkan tiket ke pusingan akhir Piala Malaysia selepas 11 tahun tidak berdaya bergelar finalis kejohanan berprestij tersebut.

Kemenangan ke atas Sabah FC dalam pertembungan timbal balik separuh akhir pada 2 Februari lepas menyaksikan skuad kendalian Fandi Ahmad mara dengan agregat 3-2.

Kali terakhir Sri Pahang melangkah ke final piala berprestij itu pada 2014 dan bergelar juara pada musim itu selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 usai 120 minit.

Kenangan manis berkenaan pastinya membuatkan senyuman masih tidak lekang daripada wajah penyokong, barisan kejurulatihan serta pemain Sri Pahang FC yang berharap pasukan kesayangan akan memperoleh keputusan positif menentang Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Sri Pahang bantu pembedahan ayah asbab tonggak Tok Gajah setia dengan kelab

BACA LAGI: 'Sejarah akan berulang', Orang Besi Sri Pahang yakin Tok Gajah mampu henyak JDT

Harapan itu juga dilontarkan oleh bek tengah Tok Gajah, Adam Nor Azlin yang mahu memanfaatkan pengalamannya sewaktu bersama Harimau Selatan dalam perlawanan menentang bekas pasukannya itu.

Selepas tidak dapat bersaing dengan pertahanan lain di JDT, Adam memilih untuk menyertai Tok Gajah pada awal musim ini. Ia dilihat sebagai keputusan terbaik buat Adam membuktikan dia masih kekal relevan dalam saingan domestik.

3153826

Adam (kanan) merupakan watak utama skuad Tok Gajah. Facebook/Sri Pahang FC

“Penghijrahan ini mungkin sedikit turning point untuk saya tapi saya tidak boleh nak berasa selesa. Saya kena bekerja keras untuk lebih maju ke hadapan.

“Itu yang saya terapkan di Pahang. Sebab kita sudah bermain di satu kelab yang besar dan saya bawa pengalaman dalam pasukan lama ke pasukan di Pahang.

“Dan Alhamdulillah bukan saya sahaja seorang yang buat kerja. Semua pemain yang beraksi juga memberikan aksi yang terbaik untuk membantu mara ke Piala Malaysia,” katanya kepada Majoriti.

Sementara itu, final Piala Malaysia 2024 juga merupakan pengalaman baharu Ibrahim Manusi dalam karier bola sepak seniornya. Dia akui dapat berkongsi pentas itu bersama rakan baiknya, Saiful Jamaluddin.

3139955

Saiful (kanan) dan Ibrahim (kiri) antara tonggak muda menyinar Tok Gajah. — Facebook/SriPahang

Berkat disiplin dan ketenangan yang memukau sejak pusingan pertama Piala Malaysia, dua prospek Pahang yang hadir daripada skuad simpanan Tok Gajah itu berjaya mencuri perhatian pengendali, Fandi Ahmad.

“Saya bangga dan teruja kerana ini adalah pertama kali masuk ke final selepas 11 tahun. Sangat terharu dan gembira dapat masuk final bersama Saiful.

“Kami bersama sejak daripada Piala Presiden dan masuk final sekali, main dengan dia dan akhirnya dapat beraksi untuk Pahang. Saya pun gembira kerana ini kira pencapaian terbesar dalam bola sepak saya,” kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram