
BINTANG import Johor Darul Ta'zim (JDT), Francisco Geraldes sah menyertai kelab berpangkalan di New Zealand, Wellington Phoenix selepas tempoh pinjamannya bersama CD Eldense tamat.
Perpindahan rasmi itu diumumkan oleh pihak pengurusan Wellington Phoenix dalam semua platform media rasmi pasukan.
Geraldes sah menyertai Wellington Phoenix yang beraksi di A-League Men (Australia) sebelum beberapa jam jendela perpindahan Liga Australia tutup.
BACA LAGI: [VIDEO] Ramon Marcote beri 9 tip buat kelab Liga M terus maju
Bekas rakan sepasukan Bruno Fernandes itu akan menyarung jersi nombor 12 dan mempunyai misi penting untuk memperbaiki kedudukan Wellington Phoenix dalam saingan A-League Men.
Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Wellington Phoenix, Giancarlo Italiano menyifatkan pasukan itu cukup bertuah untuk mendapatkan khidmat Geraldes.
"Dari segi kualiti, Chico (Geraldes) memiliki kualiti melebihi ciri pemain saya fikir kita boelh dapatkan dalam tetingkap kali ini.
"Kehadiran Chico yang kita perlukan. Dia seorang pemain perancang yang kreatif. Dia boleh bermain sebagai pemain nombor lapan atau 10 tetapi dia lebih berkesan beraksi di posisi yang lebih menyerang."
Untuk rekod, Geraldes merupakan pemain ketiga dari JDT yang beraksi secara pinjaman di Liga Australia selepas Harimau Selatan menghantar Liridon Krasniqi dan Syahrian Abimanyu ke Newcastle United Jets pada 2021.
Geraldes yang memakai jersi nombor 12 bakal diturunkan dalam aksi A-League menentang Auckland FC pada 22 Februari nanti jikalau segala urusan pendaftaran berjalan lancar.
Bersama CD Eldense, pemain berusia 30 tahun itu hanya tampil dalam tiga perlawanan di LaLiga2 tanpa merekodkan sebarang jaringan mahupun 'assist'. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram