
GELAGAT Ketua Jurulatih Persis Solo, Datuk Ong Kim Swee dijatuhkan bekas pembantu jurulatih Malaysia B-23, Juan Torres Garrido mencuri perhatian penyokong pasukan itu.
Situasi tersebut berlaku dalam aksi terbaru Liga 1 Indonesia antara Persis dengan pasukan keempat liga, Persebaya Surabaya di Stadium Manahan, Indonesia baru-baru ini.
Laskar Sambernyawa membuka tirai jaringan menerusi bekas pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe.
BACA LAGI: [VIDEO] Hasrat tengok 3 bintang baharu, fasiliti CCM curi tumpuan fans JDT sebelum beradu tenaga
BACA LAGI: JDT mampu pergi jauh di ACLE andai pemain tepat jadi taruhan — Legenda Selangor
Francisco Rivera kemudiannya menyempurnakan penalti untuk mengikat kedudukan 1-1.
Tatkala perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, penyerang Indonesia, Ramadhan Sananta meledakkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan.
Berdasarkan video yang dikongsikan Persis Solo, Garrido dilihat cuba berlari mendapatkan Kim Swee selepas Ramadhan menjaringkan gol.
Malangnya, Garrido tergelincir sebelum menjatuhkan bekas jurulatih Sabah FC itu.
Kedua-duanya kemudian dibantu staf kejurulatihan Laskar Sambernyawa untuk bangun sebelum kembali meraikan jaringan tersebut.
Dukungan dari Bangku Cadangan!
Rekaman para penggawa Laskar Sambernyawa memberikan dukungan dari bench kala mengunci kemenangan penting kontra Persebaya.
Selengkapnya hanya di PERSISTV. (https://t.co/nBa9tHuQ5E)#FreeFirexPERSIS | #LaskarSambernyawa pic.twitter.com/5vVsmh7fHi
— PERSIS (@persisofficial) February 8, 2025
Sebaik video tersebut dimuat naik di platform media sosial rasmi Persis, ramai penyokong pasukan itu tidak kering gusi dengan gelagat Garrido.
Seorang penyokong Persis Solo, Robot Riello melihat bekas jurulatih akademi Granada itu patut dilayangkan kad kuning. "Kad kuning untuk Coach Torres,” katanya di X.
Seorang lagi penyokong, Kampulanyep hanya ketawa melihat insiden tersebut. "Pak Ong (Kim Swee) diterjah,” ujarnya.
Keputusan itu menyaksikan Persis Solo hanya dipisahkan dua mata dengan PSS Sleman yang menduduki tangga ke-15 dengan 17 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram