
PENGARAH Teknikal KDA FC B, Nelson San Martin berjanji untuk terus memberi sokongan dan bantuan kepada skuad muda Sang Kenari selepas pasukan itu meraih tiga mata penuh dalam pertemuan menentang Kuching City FC pada saingan Piala MFL 2024 pada Ahad.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini MPKP, Jitra, Kedah, Hakim Rosli muncul sebagai penjaring tunggal, memastikan tiga mata penuh milik KDA FC B.
Nelson menyatakan bahawa kemenangan itu adalah langkah positif tetapi ia hanya permulaan dalam usaha memperbaiki prestasi pasukan.
BACA LAGI: 'Kalamullah lebih layak', fans Gergasi Merah tak setuju Ali Olwan dinobat MOTM
BACA LAGI: [VIDEO] Raih kemenangan ke-2 di Indonesia, aksi Kim Swee terduduk kena 'tackle' curi tumpuan
Dengan komitmen dan sokongan penuh daripadanya, dia yakin skuad muda Sang Kenari itu akan terus berkembang dan memberikan lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
"Tahniah buat KDA FC B. Mereka telah bermain dengan lebih baik dan menunjukkan peningkatan. Saya akan pastikan pasukan terus memperbaiki prestasi dan berkembang secara berterusan.
"Teruskan memberi sokongan kerana setiap sokongan daripada anda adalah motivasi untuk pasukan," katanya di Facebook.
Dengan kemenangan tersebut, Nelson juga berharap dapat terus memperbaiki kekuatan pasukan, meningkatkan prestasi individu pemain muda dan memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi cabaran seterusnya.
KDA FC B kini menghuni tangga kesembilan carta liga dengan mengutip 25 mata selepas 20 perlawanan berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram