
STATUS kecederaan penyerang utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut masih menjadi tanda tanya sama ada pemain itu boleh bersama pasukan ataupun sebaliknya.
Terdahulu penyerang berusia 28 tahun kelahiran Croatia itu mengalami kecederaan tendon achilles pada kaki kirinya ketika menjalani latihan pramusim yang menyaksikan dia perlu berehat panjang.
Kecederaan itu menyebabkan Mamut hilang daripada aksi bersama pasukan untuk satu tempoh masa yang agak lama, sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat Sang Penyu.
BACA LAGI: [VIDEO] Raih kemenangan ke-2 di Indonesia, aksi Kim Swee terduduk kena 'tackle' curi tumpuan
BACA LAGI: 'Kalamullah lebih layak', fans Gergasi Merah tak setuju Ali Olwan dinobat MOTM
Sebahagian sesi latihan Sang Penyu dalam menghadapi cabaran NSFC dalam saingan Liga Super.
Ketiadaan Mamut yang berlarutan membuatkan ramai peminat mula beranggapan bahawa pemain kelahiran Croatia itu mungkin sudah kembali ke Eropah.
Terutamanya dengan tiadanya maklumat lanjut mengenai statusnya, peminat merasa bimbang dan tertanya-tanya jika dia masih akan kembali beraksi bersama Terengganu FC.
"Entah-entah Ivan Mamut sudah balik kampung, lama sangat cedera ini," kata Mohd Faizol Faiz.
"Masuk bulan Februari sudah ini, mana Ivan Mamut menghilang?," kata Ridzuan Wan.
"Mamut bila boleh main sebenar-benarnya ini, cuba bagi tahu betul-betul bila Ivan Mamut boleh main," kata Faizal.
Melihat kepada Transfermarkt, kali terakhir Mamut beraksi bersama Sang Penyu adalah dalam kemenangan 2-0 Terengganu ke atas Bali United pada saingan Piala AFC 2023/2024 yang berlangsung pada 13 Disember 2023.
Terengganu akan berkunjung ke Stadium Paroi untuk melengkapkan perlawanan ke-20 Liga Super dengan berdepan cabaran Negeri Sembilan FC pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram