
POSISI penjaga gol sangat penting dalam bola sepak. Semakin hari, posisi itu bertambah penting dengan mereka bertindak terlibat dalam build-up pasukan dalam memburu gol dan bukan sekadar menepis percubaan lawan semata-mata.
Dalam saingan Liga Super, penjaga gol tempatan dan import saling bersaing dengan mereka menunjukkan kualiti dalam pasukan masing-masing.
Posisi penjaga gol sangat penting dalam sesebuah pasukan kerana mereka bukan hanya mempertahankan gawang tetapi juga mengatur pertahanan dan menyokong serangan.
BACA LAGI: 'Kalamullah lebih layak', fans Gergasi Merah tak setuju Ali Olwan dinobat MOTM
BACA LAGI: [VIDEO] Raih kemenangan ke-2 di Indonesia, aksi Kim Swee terduduk kena 'tackle' curi tumpuan
Mereka juga boleh memberi motivasi kepada pasukan melalui penyelamatan penting dan menyumbang kepada peningkatan kualiti bola sepak.
Oleh itu, Majoriti menyenaraikan dua kelab bertuah kerana memiliki penjaga gol yang menampilkan prestasi cukup cemerlang.
Kalamullah berjaya menangkap kemas setiap percubaan yang dilancarkan oleh Tok Gajah, termasuk serangan-serangan yang boleh membawa kepada gol.
1. Selangor FC
Nama penjaga gol Selangor FC, Kalamullah Al-Hafiz sudah berada dalam radar bola sepak Malaysia untuk satu tempoh yang agak panjang dan mula menarik perhatian sejak persembahannya bersama Petaling Jaya City FC.
Persembahan baiknya ketika itu meraih perhatian Kedah Darul Aman FC dan dia bersama Sang Kenari untuk dua musim sebelum berhijrah ke Selangor FC pada jendela perpindahan kedua musim ini.
Kalamullah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang apabila sering diberi peluang oleh Katsuhito Kinoshi untuk beraksi bersama Gergasi Merah.
Prestasi cemerlang Kalamullah termasuklah ketika dia berjaya menangkap kemas setiap percubaan yang dilancarkan oleh pasukan lawan termasuk serangan-serangan yang boleh membawa kepada gol.
Ketangkasan dan keyakinannya dalam memastikan gawang Selangor FC kekal selamat sepanjang perlawanan menjadi sebab Kalamullah sering menjadi pilihan Utama berbanding tiga penjaga gol lain iaitu Azim Al-Amin, Samuel Somerville dan Khairulazhan Khalid.
Untuk rekod, Kalamullah mencatatkan 20 penampilan sepanjang beraksi bersama Selangor dan sudah merekodkan enam clean sheet.
Haziq dipinjamkan selama semusim ke Perak FC. — Facebook/PerakFC
2. Perak FC
Kecekapan Haziq Nadzli membuatkan penyokong Perak FC mengucapkan terima kasih kepada majikannya, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sudi meminjamkan khidmatnya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024.
Ketangkasan Haziq turut mendapat pujian daripada penyokong bola sepak tempatan khususnya 'pemain ke-12' Perak yang percaya penjaga gol berusia 27 tahun itu mendapatkan semula prestasi kemuncaknya seperti dahulu.
Menariknya, kecekapan dan ketangkasan Haziq dalam menghalang serangan bertali arus Kuching City FC itu mendapat pujian daripada pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak.
Meskipun berstatus sebagai pemain pinjaman namun Haziq menampilkan persembahan yang cukup memukau.
Bersama Perak, Haziq kini merekodkan 14 penampilan dalam saingan Liga M dan mencatatkan empat clean sheet. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram