
KL Wildcats mencatatkan kemenangan 43-34 ke atas Selangor Angels dalam saingan Netball Super League 2025 yang berlangsung di Stadium Juara pada Sabtu.
Kemenangan itu menyaksikan KL Wildcats menunjukkan persembahan cemerlang dari awal hingga akhir perlawanan, dengan penglibatan setiap pemain yang mantap terutama dalam serangan dan pertahanan.
Umairah Hisham yang beraksi sebagai Centre memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan kemenangan milik Wildcats.
Selangor Angels, walaupun memberikan saingan sengit gagal menandingi kekuatan pasukan lawan.
Dengan kemenangan itu, KL Wildcats terus memperkukuhkan kedudukan, sementara Selangor Angels perlu memperbaiki aspek permainan mereka untuk mengharungi cabaran seterusnya.
KL Wildcats akan berhadapan dengan naib juara NSL 2024, Johor Jewels dalam perlawanan yang pasti akan menyajikan cabaran hebat.
Sebagai pasukan yang telah membuktikan keupayaan mereka, Johor Jewels pastinya datang dengan semangat juang yang tinggi meskipun tewas kepada Putrajaya Dynamites 36-58. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram