
KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) kini giat berusaha untuk mengumpulkan 20,000 keahlian penyokong setia sebagai langkah menarik penaja baharu sekali gus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab tersebut.
Pemiliknya, Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, pelancaran platform keahlian KDA FC secara virtual itu bertujuan memberi banyak faedah dan manfaat kepada ahli yang mendaftar.
Daud Bakar berkata, Sang Kenari perlu membuktikan kepada bakal penaja melalui platform yang dikenali sebagai The Wing dengan yuran keahlian hanya RM10.
BACA LAGI: 'Everyone can score', fans teruja taktikal JDT, padu macam pasukan Eropah
Sang Kenari perlu membuktikan kepada bakal penaja melalui platform yang dikenali sebagai The Wing dengan yuran keahlian hanya RM10.
Menurutnya lagi, pelancaran tersebut bertujuan untuk mendapatkan penajaan besar daripada syarikat antarabangsa jika jumlah pendaftaran keahlian mencapai sasaran tertentu, sekali gus membantu memulihkan kewangan kelab dan melunaskan hutang menjelang musim baharu.
Mengulas lanjut mengenai usaha tersebut, pemerhati bola sepak, Afiq Rowley berpendapat bahawa inisiatif yang dilakukan oleh Tan Sri Daud Bakar itu dilihat sebagai suatu yang positif untuk Kedah kekal beraksi dalam saingan Liga Super.
"Sangat positif, ini membuktikan jika sasaran penuh, penaja lebih yakin nak masuk dan jika ada tajaan, kantung kewangan kembali pulih.
"Jika kantung kewangan pulih, tiada asbab untuk Kedah keluar daripada saingan Liga Super.
"Setakat ini, permasalahan skuad hanya terarah pada masalah kewangan sahaja," katanya kepada Majoriti.
KDA FC gagal mara ke final Piala Cabaran selepas tewas 4-5 kepada PDRM FC menerusi sepakan penalti.
Afiq menegaskan bahawa walaupun ada yang menganggap usaha itu terlalu bergantung kepada penyokong, namun perkara tersebut memberikan faedah besar kepada mereka.
"Ini merupakan pendaftaran keahlian baru, yang mana peminat sendiri akan dapat faedah besar. Tiada istilah meminta-minta. Ianya cuma kad keahlian baharu untuk peminat," jelasnya.
Di samping itu, Afiq berpendapat bahawa penyertaan dalam Kenari Wing dapat memberi impak positif kepada perkembangan Sang Kenari dengan membantu meningkatkan kewangan kelab melalui tajaan.
"Seperti Tan Sri pernah katakan, jika sasaran 20,000 keahlian terhasil, maka peluang untuk dapat tajaan besar cerah," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram