[VIDEO] 'Import kurang menyengat,' fans ramal Perak Phoenix balik awal lepas tewas di tangan Terengganu Marvels


  • Podium
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Sebahagian aksi yang dipamerkan oleh Perak Phoenix (jersi kuning) ketika berdepan cabaran Terengganu Marvels di Stadium Juara pada Sabtu.

PERAK Phoenix yang meraih kemenangan pertama berdepan Pahang Tulips pada Jumaat pastinya mahu meneruskan momentum kemenangan selepas aksi minggu pertama yang tidak menyebelahi dengan pasukan terbabit tewas dua perlawanan.

Berdepan Terengganu Marvels yang dibimbing Farhana Mustafa juga bukan mudah kerana pasukan Pantai Timur itu pastinya mahu bangkit selepas ditundukkan Johor Jewels pada Jumaat.

Segalanya berjalan lancar apabila Phoenix mendahului perlawanan pada suku pertama dengan 10-9, menyaksikan Khairunnisa Nazri yang beraksi sebagai Goal Shooter, tidak mensia-siakan peluang.

BACA LAGI: [VIDEO] Ketajaman Thishala jadi mimpi ngeri, bantu Pahang Tulips raih kemenangan besar benam NS Venom

BACA LAGI: 'Everyone can score', fans teruja taktikal JDT, padu macam pasukan Eropah

Bagaimanapun, gandingan Matila Vocea, Idha Syahmi dan Izyan Syazan pula tidak henti-henti menghasilkan mata demi mata buat Marvels yang cukup garang mendahului 23-16 di suku kedua.

Pengendali Phoenix, Fairul Fauziema menyuntik semangat untuk anak buahnya dan ia tampak berhasil di hujung suku ketiga sebelum momentum itu terus dilanjutkan ke suku terakhir apabila jurang mata semakin dekat.

Marvels ternyata ampuh bertahan dan keputusan 45-38 memberikan skuad dari Pantai Timur itu meraih kemenangan kedua dalam kempen kali ini.

Susulan kekalahan itu, ramai penyokong berpendapat pemain import yang dibawa musim ini kurang meyakinkan.

"Perak macam kurang menyengat, tak macam lawan Johor Jewels sebelum ini," kata Sal ShamilSoffiya.

"Import Perak kurang menyengat berbanding import musim lepas, pemain pun banyak buat simple mistake macam baling tak sampai, kekalkan momentum masa lawan Johor Jewels kalau nak menang lepas ini," kata Are Rie.

"Musim ini nampak sangat Perak akan balik awal dengan import pun kurang meyakinkan," kata Kaiza Khir Idris.

Selepas ini, Phoenix akan bertemu Selangor Angels dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Juara, Kuala Lumpur pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram