[VIDEO] 'Bertemu buku dengan ruas', rekod cemerlang Johor Jewels tercalar di tangan Putrajaya Dynamites


  • Podium
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Rekod cemerlang Johor Jewels akhirnya dicalarkan oleh Putrajaya Dynamites.

PUTRAJAYA Dynamites berjaya mencipta kejayaan yang mustahil apabila menewaskan Johor Jewels dalam saingan Netball Super League (NSL) 2025 di Stadium Juara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menariknya, kedua-dua pasukan tersebut masih belum tewas musim ini dan pertembungan itu pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat sukan berkenaan.

Dalam aksi itu, pertembungan tersebut sememangnya cukup mendebarkan apabila pengendali Dynamites, Puah Pei San berjaya mengikut rentak Jewels dengan mengutip mata demi mata sepanjang suku pertama.

BACA LAGI: [VIDEO] Ketajaman Thishala jadi mimpi ngeri, bantu Pahang Tulips raih kemenangan besar benam NS Venom

BACA LAGI: [VIDEO] 'Import kurang menyengat,' fans ramal Perak Phoenix balik awal lepas tewas di tangan Terengganu Marvels

Kedudukan 11-11 terikat selepas tamat suku pertama, menyaksikan Jewels bakal berdepan lawan yang cukup mencabar bagi perlawanan kali ini.

Apabila kedua-dua pasukan terus mempamerkan permainan yang cukup agresif dalam corak serangan, Dynamites menghadirkan permainan terbaik dengan usaha untuk mengejar mata sebelum berjaya menamatkan separuh masa pertama berkelebihan dua mata, 24-22.

Segalanya serba tidak menjadi buat Jewels ditambah dengan kecederaan dialami GS, An Najwa Azizan, membenarkan Dynamites mendahului suku ketiga dengan keputusan 40-30.

Kelebihan 10 mata itu digunakan sebagai momentum untuk Dynamites memastikan perlawanan menjadi milik mereka dan terus mempamerkan aksi cemerlang sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 58-36.

Susulan kekalahan itu, ramai peminat Johor Jewels terkejut dengan keputusan di Stadium Juara yang menyaksikan rekod cemerlang pasukan itu akhirnya dicalarkan oleh Dynamites.

"Baru betul bertemu buku dengan ruas, puas hati tengok perlawanan ini, Johor Jewels macam tak bermaya," kata Kaiza Khir Idris.

"Johor Jewels macam tak pandai main pula lawan Putrajaya, serba tak jadi, banyak mistake mudah, passing terabur, defense macam nak tak nak main," kata Suraya Morshidi.

"Johor Jewels banyak bazir bola, kena lebih kemas pada jaringan dan balingan," kata Jemah Jdt.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram