Kena henyak Gergasi Merah di MBPJ, fans Hogoh dah boleh agak nasib Tok Gajah di final Piala Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Ketajaman Hidalgo (kiri) dikritik oleh penyokong Tok Gajah yang dilihat kurang menyengat di bahagian serangan.

SELANGOR FC meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Sri Pahang FC dengan keputusan 2-0 dalam saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor itu menyaksikan kedua-dua pasukan menampilkan persembahan yang seimbang.

Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh anak-anak buah Fandi Ahmad untuk meraih jaringan awal nampaknya gagal disempurnakan dengan baik.

BACA LAGI: [VIDEO] Ketajaman Thishala jadi mimpi ngeri, bantu Pahang Tulips raih kemenangan besar benam NS Venom

BACA LAGI: [VIDEO] 'Import kurang menyengat,' fans ramal Perak Phoenix balik awal lepas tewas di tangan Terengganu Marvels

Ali Olwan

Ali Olwan (tengah) membuka tirai jaringan seawal minit ke-14.

Penyerang Gergasi Merah, Ali Olwan berhasil membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Zarif Irfan sekali gus meletakkan Selangor di hadapan babak pertama.

Serangan bertali arus yang dihasilkan oleh Gergasi Merah membuahkan hasil apabila rembatan jauh Ronnie Fernandez berjaya menggegar pintu gawang pasukan pelawat.

Bersambung babak kedua di MBPJ, Selangor tidak menunggu lama untuk menambah jaringan menerusi jaringan cantik Ali Olwan.

Bagaimanapun, jaringan ketiga itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin selepas membuat semakan video bantuan pengadil (VAR) yang menyaksikan bola terkena tangan Quentin Cheng.

Tidak lama selepas itu, percubaan daripada Kpah Sherman hampir merapatkan kedudukan namun tiang gol menjadi penghalang untuk Tok Gajah mendapatkan jaringan.

Meskipun sudah berhempas-pulas untuk mendapatkan jaringan namun peluang Tok Gajah untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu gol berkecai selepas pengadil meniup wisel panjang.

Dengan kekalahan itu, ramai penyokong Tok Gajah sudah dapat meramal keputusan akhir Piala Malaysia 2024 bertemu JDT pada 26 April nanti.

"Hidalgo ada, Kpah pun ada, kalau begini cara permainan berat nak menang lawan JDT nanti," kata Razman Razali.

"Macam ini main nak lawan JDT, mimpilah nak menang," kata La Seen Izue.

"Main tak macam lawan Sabah, macam ini kah nak lawan JDT?," kata Arif Haqimi.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram