Lama sebelum Neymar, coach muda Terengganu pernah cipta sensasi muncul hari perlawanan naik helikopter


  • Podium
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Neymar menaiki helikopter untuk menghadiri sesi latihan kerana kediamannya ketika ini terletak 500 km dari pusat latihan. — Agensi

KEPULANGAN bintang sensasi bola sepak antarabangsa, Neymar ke kelab lamanya, Santos terus mencuri perhatian ramai kerana dia memilih untuk kembali ke pangkuan pasukan tersebut berbanding terus kekal beraksi di Eropah.

Meskipun dilanda kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) beberapa tahun lalu, dia masih boleh beraksi cemerlang sekiranya berada di tahap kecergasan terbaik dan bersama rakan sepasukan yang tepat.

Pemain berusia 33 tahun tersebut bagaimanapun mengambil keputusan untuk pulang ke negara kelahirannya itu untuk kembali beraksi buat Santos yang kini berada dalam divisyen kedua mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Belum beli rumah di Santos, Neymar ulang-alik 'training' 500km guna helikopter

BACA LAGI: [VIDEO] Bek baharu JDT pernah makan penampar bintang PSG lepas didakwa ejek Neymar 'monyet'

PETALING JAYA: A PRIVATE HELICOPTER  CHARTERED BY SELANGOR MPPJ BRING  A STRIKER  HARIS SAFWAN KAMAL TO KANGAR DURING THE SEMIFINAL FOOTBALL BETWEEN PERLIS VS SELANGOR MPPJ TONIGHT.

Haris Safwan tiba di Kangar, Perlis beberapa jam sebelum aksi dilangsungkan.

Tetapi, meskipun kini sudah jauh daripada kehidupan serba mewah di Eropah, Neymar masih tidak lari daripada perhatian media antarabangsa apabila baru-baru ini, dia dilaporkan menghadiri sesi latihan dengan menaiki helikopter.

Keputusan itu diambil kerana ketika ini, dia menetap di Mangaratiba, Rio de Janeiro yang terletak kira-kira 500 kilometer dari pusat latihan kelab sekitar Saboo, Santos.

Jarak ditempuhi bekas pemain Barcelona itu selain kesanggupannya menaiki helikopter sememangnya mencuri tumpuan memandangkan situasi sebegitu jarang sekali berlaku.

Bagaimanapun, tahukah anda perkara sedemikian pernah berlaku dalam arena bola sepak tempatan apabila seorang pemain pernah menaiki pengangkutan udara tersebut untuk menghadiri perlawanan?

Sekitar musim 2003, MPPJ berpeluang cerah menjulang kejuaraan sulung dalam sejarah kelab setelah layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia dan mencatatkan kemenangan 3-1 dalam pertemuan pertama menentang Perlis.

WhatsApp Image 2025-02-07 at 3.53.35 PM

MPPJ FC melakar sejarah dengan menjadi kelab pertama menjuarai kejohanan domestik.

Namun, kegusaran menimpa pasukan terbabit apabila tonggak pasukan, Haris Safwan Kamal berkemungkinan tidak dapat diturunkan bagi aksi timbal balik di tempat lawan kerana perlu mengambil peperiksaan di Universiti Malaya.

Jadi, dalam memastikan pemain kelahiran Terengganu itu dapat diturunkan, MPPJ FC mengambil keputusan menyediakan helikopter untuk menerbangkannya dari Lembah Klang dan terus ke Utara tanah air bagi pertembungan terbabit.

Pengendali MPPJ FC ketika itu, Datuk Dollah Salleh jelas bergembira dengan kehadiran ayam tambatannya tersebut yang tiba hanya beberapa jam sebelum sepak mula di Stadium Kangar, Perlis.

Usaha daripada pihak pengurusan tersebut membuahkan hasil kerana kelab berkenaan mencatatkan keputusan seri 1-1, sekali gus berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-2.

475949024_600261575974284_3816889909587255197_n

Haris Safwan menjadi jurulatih skuad muda Sang Penyu selepas menggantikan Hairuddin Omar. Facebook/Terengganu FC II

Lebih membanggakan lagi, dalam aksi final menentang Sabah, MPPJ FC yang sekali lagi dibarisi Haris Safwan mencatatkan kemenangan 3-0, sekali gus muncul kelab pertama menjuarai kejohanan tempatan.

Bagaimanapun, hari ini, pasukan tersebut hanya tinggal kenangan apabila dimansuhkan hanya tiga tahun selepas musim bersejarah itu apabila mengalami masalah pengurusan serius.

Tetapi, Haris Safwan yang menjadi watak utama dalam kisah helikopter tersebut masih bergiat aktif dalam dunia bola sepak dengan dia kini memikul peranan ketua jurulatih Terengganu FC II.

Dia yang dahulunya lincah di atas padang mula sibuk mencurahkan ilmu dan pengalaman kepada anak-anak buahnya sejak menggantikan Hairuddin Omar yang merupakan pembantu kepada Badrul Afzan Razali dalam skuad utama.

Hasil tunjuk ajar bekas tonggak MPPJ FC itu juga sudah membuahkan hasil kerana skuad muda Sang Penyu kini berada di tangga ketiga Piala MFL selepas 21 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram