Bintang JDT kagum, fans Terengganu berangan trio A.C.S lepas Chanatip muat naik gambar Safawi, Akhyar


  • Podium
  • Khamis, 06 Feb 2025

Penyokong Terengganu mahu melihat trio Akhyar, Chanatip dan Safawi beraksi bersama Terengganu musim depan. — BG Pathum United

TERENGGANU FC (TFC) terpaksa berputih mata apabila gagal mara ke pusingan kalah mati Piala Shopee selepas tewas di tangan BG Pathum United dengan keputusan 3-4 di Stadium BG, Bangkok pada Rabu (6 Februari).

Berada di posisi kedua sebelum perlawanan berlangsung, kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak-anak buah Badrul Afzan Razali untuk layak ke pusingan kalah mati selepas jatuh di kedudukan keempat dengan mengumpul tujuh mata.

Juara Kumpulan A, BG Pathum United mengumpul 11 mata dan naib juara PSM Makassar dari Indonesia pula meraih 10 mata masing-masing akan mara ke peringkat separuh akhir.

BACA LAGI: JDT atur jelajah pramusim di Arab Saudi, Al Nassr antara 3 kelab ideal boleh jadi lawan Harimau Selatan di Riyadh

BACA LAGI: [VIDEO] Bek baharu JDT pernah makan penampar bintang PSG lepas didakwa ejek Neymar 'monyet'

Walaupun Terengganu gagal layak ke pusingan kalah mati, namun ia bagai berita gembira buat penyokong Sang Penyu apabila kapten BG Pathum United, Chanathip Songkrasin memuat naik gambar dua bintang TFC.

Pemain kebangsaan Thailand itu memuat naik gambar Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dalam Instagram peribadi miliknya selepas tamat perlawanan.

Gambar tersebut turut menimbulkan rasa teruja penyokong-penyokong Sang Penyu yang mahu melihat trio Akhyar, Chanatip dan Safawi beraksi bersama Terengganu musim depan.

Ruangan komen hantaran Chanatip itu dihujani dengan reaksi daripada penyokong-penyokong Sang Penyu seperti "Chanatip, Safawi dan Akhyar."

Selain daripada komen-komen penyokong Terengganu, pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor turut meninggalkan komen emoji seperti memuji persembahan Chanatip.

Akhyar dan Safawi turut mewarnai ruangan komen Instagram Chanatip memuji pemain berusia 32 tahun itu.

Jikalau Chanatip dibawa masuk Terengganu musim depan, gandingan trio Akhyar, Chanatip dan Safawi pastinya akan menghadirkan rasa gerun pihak lawan apatah lagi dibantu oleh Manuel Ott di barisan tengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram