
TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram menyarankan supaya mana-mana pasukan Liga Super yang tidak berpuas hati dengan prestasi pengadil tempatan boleh mendapatkan tenaga luar.
Menerusi laporan Flash Sukan, Sivasundaram mencadangkan agar pasukan yang tidak berpuas hati melantik atau membayar pengadil luar negara bagi mengendalikan perlawanan membabitkan pasukan mereka.
"Sekiranya ada pasukan yang tidak puas hati dengan prestasi pengadil tempatan, pasukan tersebut boleh memohon untuk menggunakan khidmat pengadil luar negara.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘You speak to him’, reaksi ex import Perak maki pengadil pernah buat fans di rumah terdiam
BACA LAGI: [VIDEO] Tinggalkan legasi 14 tahun bersama Puma, Antoine Griezmann kini duta but Decathlon
JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, players pasukan tak dapat gaji, players tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang2 jaga club tak peduli dan lain-lain. Senang cerita macam ni. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar... https://t.co/87dvcTFpTD
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 29, 2025
"Namun, bayaran elaun pengadil, penginapan, makanan dan lain-lain perbelanjaan perlulah ditanggung oleh pasukan itu sendiri. FAM atau MFL tidak akan menanggung kos penggunaan khidmat pengadil luar negara.
"Perlu diingat, kos untuk mendapatkan pengadil luar negara adalah sangat mahal dan perbelanjaannya dibayar dengan mata wang dolar Amerika Syarikat (USD)," katanya.
Tambahnya lagi, FAM turut menghormati teguran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta menghargai segala sumbangan yang telah baginda berikan untuk memajukan bola sepak di Malaysia.
Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata, kenyataan Tunku Mahkota Ismail bahawa Badan Pengadil mestilah bebas dan bukannya di bawah FAM akan diperhalusi oleh badan induk bola sepak negara itu.
"FAM sangat menghargai semua teguran dan cetusan idea Tunku Mahkota Ismail. FAM akan memperhalusi idea baginda berhubung dengan penubuhan badan bebas untuk menguruskan pengadil-pengadil Liga Malaysia.
"FAM menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka," jelasnya yang mengulas kenyataan dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Ismail menerusi aplikasi X pada Khamis (30 Januari). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram