'Terima kasih dan selamat tinggal Marcus Rashford'


  • Podium
  • Sabtu, 01 Feb 2025

Aston Villa mendapatkan Rashford selepas menjual penyerang Colombia, Jhon Duran kepada kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr pada Jumaat. — Agensi

SELEPAS disisihkan dalam 12 perlawanan, Marcus Rashford semakin hampir menyertai Aston Villa secara pinjaman, menurut laporan dari pemerhati bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano.

Menerusi hantaran dari wartawan tersohor itu, rundingan berterusan antara Villa dan Man United mengenai perjanjian pinjaman dengan pembayaran gaji dikongsi.

Malah, Romano juga memberitahu bahawa perbincangan masih diteruskan mengenai termasuk juga klausa opsyen beli jika pasukan kendalian Unai Emery itu mahu menggunkaan khidmatnya secara tetap.

BACA LAGI: 'Berubahlah', Amorim beri nasihat buat Rashford demi selamatkan karier di Man United

BACA LAGI: Sebelum sertai Man United, Patrick Dorgu ada pengalaman berdepan bek Indonesia

Skuad The Villians mula berusaha untuk mendapatkan Rashford selepas menjual penyerang Colombia, Jhon Duran kepada kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr pada Jumaat.

Sebelum ini berita penghijrahan ke Villa Park ini menemui kata putus, Rashford dikaitkan dengan AC Milan dan Barcelona manakala wakilnya turut dipercayai sudah melakukan perbincangan bersama Tottenham Hotspurs dan West Ham ketika jendela perpindahan Januari.

Rashford sebelum ini bersedia untuk meninggalkan Old Trafford sejak mengakui mahu mencari cabaran baharu selepas diketepikan pengendali United, Ruben Amorim untuk derbi Manchester pada Disember.

WhatsApp Image 2025-02-01 at 23.25.40

Tangkap layar hantaran dari Romano.

Sejak daripada itu, bintang England itu terlepas kesemua 12 perlawanan United, dengan Amorim baru-baru ini juga menasihatkan agar Rashford harus mengubah cara dirinya secara menyeluruh untuk kariernya.

Penampilan terakhir Rashford untuk United ialah pada 12 Disember apabila dia beraksi selama 56 minit menentang Viktoria Plzen dalam saingan Liga Europa.

Menjengah ruangan komen, penyokong Man United memberi reaksi positif terhadap berita itu dengan rata-rata mereka mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada pemain akademi The Red Devils itu.

Kontrak pemain berusia 28 tahun berkenaan bersama United hanya akan tamat pada musim panas 2028, membuat 426 penampilan untuk kelab dan menjaringkan 138 gol. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram