
SEPANJANG jendela perpindahan musim sejuk Liga Perdana Inggeris 2024/25, Liverpool menjadi antara pasukan paling tidak aktif dengan tiada sebarang penghijrahan besar disaksikan.
Berdasarkan maklumat terkini, hanya empat pemain meninggalkan kelab Merseyside itu dengan kesemua daripadanya ketika ini hanya beraksi dalam skuad simpanan.
Situasi itu menimbulkan kegusaran kerana mereka sepatutnya giat membawa masuk nama-nama baharu memasuki detik genting dalam perebutan EPL dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
BACA LAGI: 'Memang special', Slot puji melambung Salah, silap-silap kekal di Liverpool
BACA LAGI: Dua bintang Man United lagi susah dari layan 'rumours' Real Madrid — Arne Slot
Diouf merupakan calon untuk menggantikan Andy Robertson sebagai bek kiri pasukan. — Agensi
Bagaimanapun, bagi pengurus The Reds, Arne Slot, pelaburan pada jendela perpindahan kali tidak diperlukan kerana dia sudah berpuas hati dengan anak-anak buahnya dalam kesemua posisi.
Lebih menarik lagi, jurulatih dari Belanda tersebut mula merangka pelan jangka masa panjang apabila difahamkan sudah menetapkan sasaran untuk membawa masuk pemain baharu pada musim panas nanti.
Dua nama yang disebut-sebut akan menyarung jersi Liverpool selepas ini ialah El Hadji Malick Diouf yang merupakan bek kiri dari Senegal dan bek muda Ajax, Jorrel Hato.
Diouf yang beraksi di Republik Czech bersama Slavia Prague dikaitkan dengan perpindahan itu selepas pemilik kelabnya, Jaroslav Tvrdik mengatakan mana-mana pasukan, termasuk Liverpool yang mahukannya perlu membuat bidaan lumayan.
Hal itu membuktikan pemain berusia 20 tahun terbabit memiliki bakat tersendiri dan sekiranya diberikan masa mencukupi, dia mampu mengisi kekosongan bakal ditinggalkan Andy Robertson pada musim-musim akan datang.
Hato menolak peluang berkelana pada jendela perpindahan musim sejak ketika ini. — Agensi
Bagi situasi Hato pula, khabar angin terbabit mula bertiup kencang selepas dia hadir menyaksikan aksi EPL antara Liverpool dan Ipswich Town di laman sendiri pada Sabtu lalu.
Namun, pemain berusia 18 tahun itu menafikan perpindahan berkenaan sambil menegaskan keberadaannya di Stadium Anfield adalah kerana dipelawa Ryan Gravenberch untuk menonton pertembungan terbabit secara langsung.
Malah, dalam sidang media baru-baru ini, bek antarabangsa Belanda berkenaan menyatakan dia mahu kekal di negara kelahirannya terlebih dahulu sebelum melangkah ke pentas lebih besar.
Berdasarkan situasi kedua-dua pemain itu, tidak mustahil sekiranya Arne Slot dan Liverpool akan membuat pelaburan, lebih-lebih lagi bagi mengukuhkan benteng pertahanan mereka yang semakin berusia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram