Inspirasi pakaian tradisional India, baju kurung Kedah suntik kelainan koleksi raya Shawlpublika X Seth dan Luna


  • Relaks
  • Ahad, 02 Mac 2025

Antara koleksi SLAY-SA 2025 yang diperagakan oleh barisan duta termasuk pelakon, Scha Al-Yahya pada Majlis Previu Eksklusif Koleksi Shawlpublika x Seth dan Luna di Kuala Lumpur pada Selasa. — Shawlpublika

DENGAN tagline 'SLAY-SA' yang menggabungkan elemen tradisional dan moden, Shawlpublika X Seth dan Luna turut melancarkan koleksi baju raya.

Koleksi SLAY-SA 2025 memperkenalkan rekaan baharu yang mengutamakan keselesaan tanpa membelakangkan gaya. Kolaboratif tahun kedua ini menggambarkan kematangan dan perkembangan konsep fesyen kedua-dua jenama terkemuka tersebut.

Menurut Pengasas Shawlpublika, Nur Hidayu Zorkafli, pemilihan rakan kerjasama dilakukan dengan sangat teliti, dan mereka memilih Seth dan Luna untuk tahun kedua kerana keserasian visi dan misi dimiliki.

BACA LAGI: Usah pandang sisi gelap, Vivy kini 'move on' mahu bangunkan aplikasi derma mudahkan masyarakat beramal

BACA LAGI: Wanita lebih mudah alami migrain? Berikut penjelasan pakar perunding neurologi, punca kekal misteri

WhatsApp Image 2025-01-29 at 11.41.33 AM (1)

(Dari kiri): Pengasas Shawlpublika, Iskandar Abdillah Suffian dan Nur Hidayu Zorkafli serta Pengasas Seth dan Luna, Rendra Pramuditha dan Irie Mohamed.

"Kami di Shawlpublika telah berada dalam industri selama lebih 10 tahun, dan sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan pereka yang mempunyai misi dan visi sama.

"Seth dan Luna mempunyai reka bentuk dan pembawakan yang sangat sesuai dengan vibe  Shawlpublika," ujar Hidayu ketika ditemui pada Majlis Previu Eksklusif Koleksi Shawlpublika X Seth dan Luna SLAY-SA Raya 2025.

"Kolaboratif pertama kami pada 2024 sangat berjaya, dan pelanggan menantikan koleksi 2025. Jadi, sayang sekiranya tidak meneruskan kerjasama ini," tambahnya.

Bagi Pengasas Seth dan Luna, mereka membawa kelainan pada koleksi baju raya tahun ini dengan mengambil inspirasi dari baju kurung Kedah yang terkenal dengan keselesaannya.

"Untuk tahun lepas, inspirasi utama kami masih baju kurung, tetapi untuk 2025, kami beralih kepada baju kurung Kedah kerana ia sangat selesa.

"Baju yang kami reka sesuai dipakai sepanjang hari, dari pagi hingga malam," jelas salah seorang pereka dari Seth dan Luna, Rendra Pramudithaa.

WhatsApp Image 2025-01-29 at 11.41.33 AM

Majlis Previu Eksklusif Koleksi Shawlpublika x Seth dan Luna SLAY-SA Raya 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Bagi menyerlahkan rekaan tradisional, koleksi SLAY-SA 2025 menampilkan elemen moden seperti draping dan skirt flounce, memberikan sentuhan baharu pada siluet baju kurung Kedah.

"Kami menambah elemen draping dan skirt duyung untuk menjadikannya lebih moden, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional yang sopan," tambah Rendra.

Selain daripada perubahan reka bentuk, koleksi ini juga menekankan aspek keselesaan dan harga berpatutan.

"Kami ingin memastikan baju raya mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, kami menetapkan harga yang lebih berpatutan.

"Koleksi 2025 bermula dari harga RM309, yang membolehkan pelanggan membeli lebih dari satu helaian untuk digayakan sepanjang musim raya," kata Hidayu.

Tidak hanya itu, kolaboratif kali ini juga menampilkan reka bentuk pertama Shawlpublika X Seth dan Luna dengan elemen seluar, memberi kebebasan dan keselesaan kepada wanita yang aktif bukan sahaja pada hari raya, tetapi juga pada hari-hari lain.

"Kali ini kami mengambil inspirasi daripada pakaian tradisional India, seperti kurti yang digayakan dengan seluar. Kami mahu menawarkan sesuatu yang lebih praktikal dan sesuai untuk wanita yang sibuk pada hari raya dan majlis rumah terbuka," jelas Rendra.

"Kami percaya koleksi ini tidak hanya sesuai untuk hari raya, tetapi juga boleh dipakai pada majlis-majlis lain sepanjang tahun," tambahnya.

Dua jenama itu juga memperkenalkan saiz XXL untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Tahun ini, kami meluaskan saiz koleksi kami kepada XXL untuk memastikan setiap wanita dapat menikmati keselesaan tanpa mengira bentuk badan," kata Hidayu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram