[VIDEO] Subramaniam buat fans kagum lepas dilihat fasih 'kecek Kelate'


  • Podium
  • Khamis, 30 Jan 2025

Subramaniam pernah beraksi ketika di era Bibi Ramjani Ilias pada 2017.

PENYOKONG bola sepak tempatan sangat kagum dengan bekas pemain Kelantan FA (kini dikenali sebagai TRW Kelantan), S. Subramaniam yang fasih bercakap loghat 'Kelate' meskipun dia bukan berbangsa Melayu.

Bekas pemain Kelantan itu pernah mewakili The Red Warriors (TRW) pada musim 2010 sehingga 2013 sebelum kembali semula ketika era Bibi Ramjani Ilias pada 2017.

Terbaru, Subramaniam atau lebih dikenali sebagai Subra kembali semula ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan, mewakili pasukan Ex Treble Kelantan yang bertemu bekas pemain Terengganu dalam satu aksi persahabatan reunion.

BACA LAGI: 'Kapten Marvel' antara 6 pemain ex Liga M di SCL 2024 boleh bantu KRW FC gegar Liga A1 Semi-Pro

BACA LAGI: [VIDEO] ‘You speak to him’, reaksi ex import Perak maki pengadil pernah buat fans di rumah terdiam

Apa yang menarik tentang perlawanan itu adalah apabila penyokong-penyokong Kelantan hadir memenuhi Stadium Sultan Muhammad untuk melepaskan kerinduan kepada generasi emas skuad TRW.

Lebih beremosi apabila legenda-legenda Kelantan seperti Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Wan Zaharulnizam menjaringkan gol untuk membantu Ex Treble Kelantan meraih kemenangan dengan keputusan 4-1.

Tambah manis lagi apabila gelagat Subra yang menyantuni rakan sepasukan lain apabila mahir bercakap dalam loghat Kelantan di bilik persalinan sebelum perlawanan.

Dalam ruangan komen video yang dikongsikan oleh Ex Kelantan X Tiktokers, rata-rata penyokong Kelantan kagum dengan Subra yang lancar bercakap dalam loghat Kelantan.

"Terharu tengok 'bonding' dalam pasukan ex treble Kelate ini, Subra walau berbangsa India tapi boleh cakap Kelate," kata Rizal Ayoh Pa.

"Nostalgia, jumpa sekali sekala. Hubungan itu dah macam kekeluargaan silaturrahim itu penting akan ingat sampai bila-bila," ujar Nikwan Nikwan.

"Legenda yang tiada gantinya, semoga terus sukses," luah Joe Ijo. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram