Beri emoji tepuk dahi, Hai-O 'update' khabar angin sertai revolusi Harimau Malaya pada Februari


  • Podium
  • Isnin, 27 Jan 2025

Hairuddin kemungkinan akan meninggalkan Terengganu selepas tiga tahun berkhidmat. — Facebook/TFC

BEKAS penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar dilaporkan semakin hampir menjadi sebahagian revolusi Harimau Malaya dengan menyertai skuad kendalian Peter Cklamovski dalam tempoh terdekat ini.

Hairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O disebut-sebut bakal dilantik sebagai penolong jurulatih skuad senior negara bagi membantu Cklamovski yang diletakkan sasaran layak ke Piala Asia 2027.

Khabar angin berkenaan semakin rancak dibincangkan penyokong apabila kakitangan jurulatih Terengganu FC (TFC) itu memuat naik status dengan ucapan terima kasih baru-baru ini.

BACA LAGI: Hai-O dilapor semakin hampir sertai revolusi Harimau Malaya, TFC jumpa pengganti

BACA LAGI: Safawi sangat lemah bergerak, duo JDT patutnya bawa semangat Harimau Selatan dalam TFC — Legend Peteh

“Cabaran baharu, tempat baharu, suasana baharu, sasaran baharu. Terima kasih di atas segala doa dan semua pihak selama ini. Semoga dipermudahkan, Insya-ALLAH," tulis Hairuddin di laman Facebooknya.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya itu seolah-olah merujuk kepada pengurusan skuad Sang Penyu susulan pengendali berkenaan telah bersama mereka sejak musim 2022.

Tampil memberi maklum balas mengenai desas-desus tersebut, Hairuddin sekadar memberi emoji tepuk dahi sambil disertakan akan mengesahkan perkara berkenaan menjelang Februari nanti.

WhatsApp Image 2025-01-27 at 17.14.16

Hairuddin (tengah) ketika menjadi penolong jurulatih Hodak.

"Selepas 1 hari bulan (Februari), saya akan beri kenyataan," katanya kepada Majoriti sambil turut memuat naik emoji tepuk dahi.

Untuk rekod, Hairuddin bukanlah asing dalam skuad Harimau Malaya susulan dia memiliki pengalaman selaku jurulatih sejak 2017 selaku penolong skuad B-19 tahun negara bersama Bojan Hodak.

Kedudukan penolong jurulatih pasukan kebangsaan ketika ini disandang oleh E. Elavarasan yang dilantik ketika di bawah era Kim Pan-gon pada 2022 lalu dan khidmatnya diteruskan di bawah teraju Pau Marti Vicente. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram