KELUARGA Cristiano Ronaldo bukan sahaja mewarisi bakat bola sepaknya tetapi juga keinginannya untuk membuat sesuatu yang besar.
Dalam satu temu bual video yang viral di media sosial, Ronaldo mendedahkan anaknya, Ronaldo Jr pernah meminta sebuah Ferrari sebagai hadiah hari jadi bukan untuk dirinya, tetapi untuk teman wanita.
Disebabkan itu, Ronaldo memberikan pengajaran kepada anaknya supaya tidak lagi meminta apa-apa kepadanya untuk diberikan kepada kekasih.
BACA LAGI: Pep Guardiola mahu rakan sepasukan ex import Selangor FC turun bertemu Chelsea
BACA LAGI: [VIDEO] Selangor, Terengganu boleh berkira-kira ikat 2 bintang bantu CAHN 'comeback' benam KL City
"Kamu tak akan percaya apa yang anak saya tanya saya tempoh hari. Bolehkah saya dapatkan Ferrari untuk hari jadi teman wanita saya?
"Saya melihat dia dan berkata, Ferrari? Untuk hari jadi dia. Kamu serius? Dengar sini, Junior.
"Kamu tak berani tanya ibu kamu wang untuk perkara sebegini. Kamu mahu mengagumkan seseorang. Kamu akan mendapatnya. Kamu bekerja untuknya.
"Itulah yang dilakukan oleh lelaki sebenar," katanya kepada Cristiano Ronaldo Jr.
Ronaldo turut memberitahu kepada anaknya bahawa dia berkerja keras untuk mendapatkan apa yang dimilikinya ketika ini.
"Saya beritahu dia, kamu fikir saya membesar dengan wang? Kamu fikir sesiapa memberi saya trofi atau kereta ini? Tidak.
"Saya bekerja setiap hari untuk membangun kehidupan ini. Jika kamu benar-benar mencintai dia, kamu akan membuat sesuatu dengan tanganmu sendiri.
"Itulah cara kamu menunjukkan hati kamu kepada dia. Itulah yang dilakukan oleh lelaki sebenar. Bukan dengan membelanjakan wang saya.
"Kerana kasih sayang, anak saya, bukan tentang berapa banyak yang kamu belanjakan.
"Ia tentang berapa banyak diri sendiri yang kamu beri," jelasnya lagi.
Untuk rekod, Ronaldo adalah seorang pemain bola sepak paling berjaya dalam sejarah, dengan rekod pencapaian yang luar biasa sepanjang kariernya.
Ronaldo telah memenangi lima Ballon d'Or, anugerah pemain terbaik dunia, serta memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) yang merupakan antara trofi paling berprestij dalam bola sepak kelab.
Pemain berusia 40 tahun itu juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Liga Juara-Juara UEFA, dengan lebih daripada 140 gol.
Selain itu, Ronaldo adalah penjaring terbanyak sepanjang masa bagi pasukan kebangsaan Portugal dengan lebih daripada 120 gol, dan telah membantu negaranya memenangi UEFA Euro 2016 serta UEFA Nations League 2019.
Sepanjang kariernya, dia juga mencatatkan lebih daripada 850 gol dalam semua pertandingan rasmi, menjadikannya antara penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak.
Keazaman, dedikasi, dan kecemerlangannya menjadikan Ronaldo ikon global dan simbol kecemerlangan dalam dunia sukan.
Dalam pada itu, hasil semakan Majoriti, ramai percaya video tersebut telah disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Namun, rata-rata tetap memuji nasihat yang dilontarkan menerusi video berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram