Manfaatkan kekalahan Sang Badak antara 3 faktor skuad Jang buru 3 mata di Paroi


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Skuad Jang berpeluang menewaskan Sabah FC yang kini berada dalam momentum kurang baik selepas tewas kepada Harimau Selatan saingan Liga Super. — Facebook/Sabahfc

NEGERI Sembilan FC akan melayan kunjungan Sabah FC dalam aksi ke-19 Liga Super 2024 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung di Paroi itu, pastinya akan menyajikan penyokong tanah air dengan pertembungan menarik antara kedua-dua pasukan tersebut.

Manakan tidak, pasukan yang kini dibimbing oleh K. Nanthakumar mengejutkan penyokong skuad Jang apabila berhasil menewaskan Sri Pahang FC 2-1 saingan Liga Super pada Jumaat lalu.

BACA LAGI: Petanda Man United akan karam makin jelas di sebalik baju pemanas badan Amad Diallo

BACA LAGI: 'Memang special', Slot puji melambung Salah, silap-silap kekal di Liverpool

WhatsApp Image 2025-01-24 at 18.56.10 (1)

Sebahagian sesi latihan NSFC yang mahu meraih kemenangan di laman sendiri.

Berbeza pula keputusan bagi kem Sang Badak yang terpaksa menelan pahit apabila tewas 0-4 kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail (SSI) pada Sabtu lalu.

Di atas kertas, sudah pasti keputusan memihak kepada pasukan yang berpangkalan di Borneo itu. Begitu pun, tidak mustahil sekiranya skuad Jang berjaya menundukkan Sang Badak di gelanggang sendiri.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga faktor mengapa Sang Badak akan tunduk di Paroi.

WhatsApp Image 2025-01-24 at 19.01.34

Skuad Jang meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sri Pahang. — Facebook/NSFC

1. Tundukkan Sri Pahang

Kemenangan berharga ke atas Sri Pahang boleh dianggap sebagai faktor penting yang memberi keyakinan kepada Negeri Sembilan untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri.

Kejayaan itu pastinya dapat meningkatkan moral pemain, yang dijangka lebih percaya diri untuk menghadapi cabaran seterusnya di laman sendiri.

Menundukkan pasukan seperti skuad Tok Gajah yang juga memiliki pemain berkualiti dan pengalaman dalam liga, memberi impak besar terhadap keyakinan pasukan Negeri Sembilan.

Dengan memanfaatkan faktor tersebut, Negeri Sembilan berpotensi untuk mengulangi prestasi positif dan memastikan kemenangan apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

WhatsApp Image 2025-01-24 at 18.56.11

Stuart Wilkin dan Darren Lok antara tonggak Sabah yang perlu dikawal ketat oleh NSFC. — Facebook/Sabahfc

2. Sabah tewas kepada JDT

Kekalahan besar 0-4 kepada skuad Harimau Selatan saingan Liga Super pastinya menjejaskan moral pemain Sang Badak.

Kekalahan tersebut boleh menyebabkan anak-anak buah Martin Stano berasa tertekan dan kurang berkeyakinan untuk beraksi dengan penuh semangat dalam perlawanan tersebut.

Kelebihan itu pastinya membuka ruang bagi Negeri Sembilan untuk memanfaatkan kelemahan mental lawan untuk meraih kemenangan di laman sendiri.

Selain itu, kelemahan pertahanan Sabah yang menjadi lubuk kepada serangan JDT boleh dimanfaatkan oleh Negeri Sembilan untuk merancang serangan lebih berbahaya.

WhatsApp Image 2025-01-24 at 18.56.10

Khidmat pertahanan NSFC, Aliyu Abubakar ditagih bagi membantu mengekang serangan Sang Badak. — Facebook/NSFC

3. Sokongan fans di Paroi

Sokongan padu penyokong di Paroi menjadi faktor utama yang dijangka boleh membantu Negeri Sembilan meraih tiga mata penuh ketika bertemu Sabah FC.

Kehadiran penyokong sememangnya memberi motivasi dan semangat tambahan kepada pemain, meningkatkan keyakinan dan fokus mereka.

Sorakan penyokong juga sebenarnya memberi tekanan psikologi kepada pasukan lawan yang menyebabkan mereka tertekan.

Bukan itu sahaja, bermain di laman sendiri memberi kelebihan dari segi selesa dengan stadium serta dorongan mental untuk beraksi lebih baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram