Isu pemalsuan tandatangan: Politik dalam persatuan sukan perlu dihapuskan — Hannah Yeoh


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Hannah Yeoh turut hadir memeriahkan Klinik NSL 2025.

MENTERI Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh meminta persatuan sukan di negara ini agar mengurangkan amalan politik dalam sukan termasuk ketika sesi pemilihan baharu persatuan terlibat.

Hannah berkata, setiap pemilihan yang dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.

"Saya kira setiap pemilihan untuk Mesyuarat Agung Tahunan, persatuan sukan memang melibatkan beberapa usaha dan pastinya kita akan mendengar pelbagai tuduhan.

BACA LAGI: Bola jaring: Peserta sulung lelaki antara 200 peserta hadir memeriahkan Klinik NSL 2025

BACA LAGI: Manfaatkan kekalahan Sang Badak antara 3 faktor skuad Jang buru 3 mata di Paroi

WhatsApp Image 2025-01-25 at 13.47.01

Hannah Yeoh turut hadir ke Sports Arena UNITEN untuk bersama-sama memeriahkan Klinik NSL 2025.

"Yang penting, setiap penganjuran AGM sudah disertakan dengan undang-undang dan garis panduan yang jelas. Sekiranya ada sebarang aduan, Pesuruhjaya Sukan akan mengambil tindakan, malah ada juga yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Apa yang saya harapkan adalah supaya kita mengurangkan elemen politik dalam dunia sukan. Sukan harus dijalankan dengan semangat yang sihat, melalui pertandingan yang bersih dan penuh persaingan yang sihat," katanya pada Klinik Netball Super League (NSL) 2025 pada Sabtu.

Pada masa sama, Hannah berkata, sekiranya amalan politik itu masih berterusan, beliau khuatir ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pembangunan dan prestasi atlet serta jurulatih mereka.

"Politik seharusnya diuruskan oleh parti politik, manakala persatuan sukan harus fokus kepada aktiviti sukan. Apabila politik masuk dalam persatuan sukan, ia akan memberi kesan kepada atlet, jurulatih, dan seluruh ekosistem sukan," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pemilihan calon jawatan Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang didakwa terlibat dalam pemalsuan dokumen pencalonan.

Dakwaan terbabit dilakukan pencabarnya yang juga penyandang jawatan, I Vikneswaran menjelang AGM PHKL pada Sabtu.

Klinik NSL yang dijalankan ada Sabtu menyaksikan penglibatan sekurang-kurangnya 200 pelajar sekolah menengah berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun dari seluruh negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram