'Berat nak menang', aksi belum mula tapi fans Sang Kenari dapat 'hidu' keputusan akhir


  • Podium
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Sebahagian sesi latihan akhir barisan pemain Sang Kenari menjelang perlawanan bertemu Kuching City FC saingan Liga Super pada Jumaat. — Facebook/KDAFC

AKSI belum bermula tapi penyokong Kedah Darul Aman (KDA FC) seolah-olah sudah meramal keputusan akhir yang bakal tercetak di bumi Kenyalang.

Skuad kendalian Victor Andrag itu akan berkunjung ke bumi Sarawak untuk melengkapkan aksi ke-19 Liga Super bertemu Kuching City FC pada Jumaat.

Dengan prestasi cemerlang mengikat PDRM FC 3-0 saingan Piala Cabaran pada Sabtu lalu, Sang Kenari pastinya mahu memburu tiga mata penuh di gelanggang lawan untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

BACA LAGI: Ibarat terkena badi, 3 kali Kedah tumpas di tangan 'ex coach', paling tak lupa masa Cheng Hoe bersama Selangor

BACA LAGI: Petanda Man United akan karam makin jelas di sebalik baju pemanas badan Amad Diallo

WhatsApp Image 2025-01-24 at 16.34.59 (1)

Ramadhan Saifullah (kiri) antara pemain yang perlu dikawal ketat oleh pertahanan Sang Kenari.

Sang Kenari dijangka akan menurunkan ramai pemain muda untuk memberi saingan kepada anak-anak buah Aidil Sharin Sahak yang dilihat sudah cukup bersedia untuk meraih kemenangan di laman sendiri.

Meskipun turun dengan misi membawa pulang tiga mata penuh namun ramai penyokong Hijau Kuning dilihat meragui kebolehan barisan pemain Sang Kenari.

Manakan tidak, aksi di Stadium Negeri, Sarawak belum pun bermula namun ramai penyokong KDA FC sepertinya sudah mengangkat 'bendera putih'.

Menurut mereka, perlawanan getir itu dijangka memihak kepada pasukan tuan rumah yang dilihat lebih bersedia dengan barisan pemain berpengalaman seperti penyerang berbisa, Tchetche Kipre, pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) Ramadhan Saifullah, Moses Atede dan James Okwuosa.

"Berat nak menang ini, lebih kepada kalah rasanya," kata Razis Sabri.

"Lawan kuat juga ini, apa pun Pulun Kedah Pulun, walaupun berat nak menang tapi semoga ada mata bawa balik nanti," kata Mohd Ridhwan B. Bakar.

"Kelebihan sudah pasti kepada tuan rumah tapi kalau Kedah terus fokus tak mustahil boleh bawa pulang mata," kata Khalifah Iman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram