SATU hantaran yang dikongsikan oleh kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United di laman X mencetuskan kritikan daripada penyokong kelab tersebut.
Hal ini kerana, ketika kelab tersebut memuat naik gambar tonggak utama mereka, Amad Diallo di pusat latihan Carrington, para penyokong dengan pantas menyedari bahawa logo Manchester United pada baju pemanas badan yang dipakai oleh pemain sayap itu tercetak terbalik.
Meskipun Man United segera memberi penjelasan bahawa ia hanya satu kesilapan cetakan oleh Adidas, insiden itu tidak dapat disembunyikan sebagai satu lagi petanda keadaan kelab yang semakin merosot.
BACA LAGI: 'Macam ada yang hilang', kelibat Rizal Ghazali-Assifuah tak kelihatan di bumi Kenyalang
BACA LAGI: 'Memang special', Slot puji melambung Salah, silap-silap kekal di Liverpool
Masalah logo terbalik tersebut bukan sahaja merujuk kepada kecuaian namun memberi gambaran mengenai kekeliruan dan kelemahan yang semakin jelas dalam kelab tersebut.
Bagi penyokong The Red Devils, insiden itu adalah petanda yang jelas bahawa masalah di Old Trafford semakin kronik.
Daripada prestasi pasukan yang tidak konsisten di atas padang, hingga kepada isu pengurusan yang semakin meruncing, perkara kecil seperti kesilapan pada logo baju boleh dilihat sebagai simbolik kepada kecelaruan yang lebih besar.
Kesilapan kecil seperti logo yang terbalik memberi gambaran bahawa sebuah kelab yang mungkin sedang 'terbalik' dari segi identiti dan pengurusan.
Malah, ada juga penyokong yang berpendapat bahawa kesilapan logo terbalik itu memberi petanda bahawa kelab Man United akan 'karam'. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram