
SELANGOR FC yang kini berada dalam prestasi cemerlang selepas memenangi tujuh perlawanan secara berturut-turut membuatkan ramai pasukan cemburu dengan kedudukan semasa mereka.
Bagaimanapun, situasi berkenaan membuatkan jurulatih Gergasi Merah iaitu Katsuhito Kinoshi semakin perlu memberikan aksi terbaik kerana peminat mereka yang menuntut.
Penyokong Selangor melontarkan keluhan mereka selepas pasukan itu menang 1-0 ke atas Penang FC dalam perlawanan pusingan pertama Piala Cabaran mereka.
BACA LAGI: Sebelum Harimau Malaya, Selangor FC antara 3 kelab pernah sarung jersi Puma
BACA LAGI: Pep Guardiola mahu rakan sepasukan ex import Selangor FC turun bertemu Chelsea
Ramai penyokong kesal dengan peluang yang terbuang itu kerana jika keputusan lebih positif, ia pasti akan memberikan Selangor FC kemenangan yang lebih wajar.
Skuad kendalian Kinoshi mempunyai peluang untuk memperbetulkannya apabila mereka menentang Panthers sekali lagi dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.
Jurulatih dari Jepun yang mengambil alih tampuk pimpinan kejurulatihan Gergasi Merah daripada Nidzam Jamil pada November itu berkata, menyedari ketidakpuasan hati penyokong dan menjangkakan penyerangnya lebih klinikal kali ini.
“Peminat di kelab besar boleh menjadi sangat sukar untuk diuruskan, tetapi saya faham kekecewaan mereka. Penyokong Selangor adalah antara yang paling bersemangat dan mereka menuntut kemenangan yang mengagumkan.
''Jadi adalah menjadi tugas kami sebagai profesional untuk memenuhi tuntutan tersebut dan memberikan hasil yang mereka inginkan.
“Saya akui Pulau Pinang adalah pasukan yang lebih baik dalam perlawanan Piala Cabaran itu kerana mereka mempunyai banyak variasi pada permainan mereka tetapi kami masih melakukannya dengan baik untuk tidak dibolosi.
''Kami mencipta banyak peluang kerana kerja berpasukan yang baik dan menjaringkan gol penting. Sekarang, kami perlu memastikan penyudah kami jauh lebih baik dalam perlawanan liga kami,” katanya.
Apabila Kinoshi mengambil alih jawatan jurulatih pada 25 November, Selangor tewas dua perlawanan pertama menentang kelab Thailand Muangthong United (1-2, Liga Juara-Juara Asia Dua) dan Pahang (1-2, suku akhir kedua Piala Malaysia).
Tetapi selepas membelasah Cebu 4-0 dalam perlawanan terakhir ACL2, mereka terus memenangi enam perlawanan seterusnya dalam semua pertandingan.
''Kami telah mencatatkan keputusan yang baik dan saya percaya yang terbaik akan datang. Pemain mempunyai sikap dan kekuatan mental yang betul untuk melakukan lebih baik lagi," tambah Kinoshi.
Selangor di tangga kedua liga dengan 38 mata daripada 17 perlawanan, manakala Pulau Pinang di tangga ke-11 dengan 15 mata. —The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
Sejauh manakah artikel ini memberi manfaat?