KUALA Lumpur City FC (KL City) terpaksa 'berputih mata' selepas tewas pada minit-minit akhir dengan keputusan 2-3 aksi bertemu wakil Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) dalam Kumpulan B saingan Piala Shopee 2024 pada Khamis lalu (23 Januari).
Nasib malang menimpa The City Boys apabila dua tonggak Utama, Kamal Azizi dan Paulo Josue dibuang padang oleh pengadil perlawanan selepas dikesan mengasari para pemain CAHN.
Perlawanan di Stadium Cheras berakhir dengan keputusan 3-2 yang memihak kepada CAHN sekali gus mereka layak ke pusingan separuh akhir Piala Shopee 2024.
BACA LAGI: Segak berbaju Melayu, bersongkok hitam, Rizal Ghazali tamatkan zaman bujang?
BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya berdarah Sepanyol', Ivan Alejo nafi sertai revolusi pemain warisan Harimau Malaya
Aksi terakhir Kumpulan B pada 6 Februari itu akan menyaksikan KL City menentang Buriram United di Thailand, manakala CAHN bakal beraksi di halaman sendiri berdepan Borneo FC Samarinda.
Dengan keputusan yang tidak memihak kepada KL City, pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu dijangka berdepan kesukaran untuk mengikuti jejak Terengganu FC.
Di sebalik kekalahan KL City itu Selangor FC dan Terengganu FC wajar mengintai dua bintang utama yang membantu CAHN bangkit daripada ketinggalan.
Majoriti senaraikan dua bintang CAHN wajar jadi buruan Selangor dan Terengganu untuk memperkuatkan skuad masing-masing pada musim depan:
1. Le Van Do
Le Van Do, seorang pemain tengah berusia 23 tahun dari Vietnam, telah bermain untuk CAHN FC sejak 15 Ogos lalu, secara pinjaman dari Akademi Bola Sepak PVF.
Pada musim 2024/25, Van Do telah membuat 10 penampilan dalam V.League 1 dan beraksi baik dalam Piala Shopee 2024 dengan rekod tiga jaringan gol.
Selain itu, Van Do antara pemain yang menjaringkan gol dan 'assist' dalam kemenangan CAHN 5-0 ke atas Lion City Sailors pada 26 September 2024. dalam kejohanan Piala Shopee 2024.
Sepanjang musim ini, Van Do telah menunjukkan kepelbagaian dan komitmennya, tampil dalam pelbagai perlawanan serta menyumbang secara ofensif dan defensif kepada usaha pasukannya.
2. Leo Arthur
Sepanjang musim ini, Leo Artur telah menunjukkan kemahiran luar biasa dan konsistensi yang tinggi, menjadikan dia pemain penting dalam serangan CAHN FC.
Prestasinya telah memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Artur seorang pemain tengah menyerang berusia 29 tahun dari Brazil, telah memberikan impak besar kepada CAHN sejak menyertai mereka pada 15 Ogos 2024.
Dalam statistik Piala Shopee, Artur memegang rekod tertinggi jaringan dan assist dengan enam gol bersama CAHN musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram