TANGGAL 23 Januari (Khamis) menjadi tarikh keramat buat skuad kebangsaan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan jersi baharu Harimau Malaya dengan Puma Malaysia, yang menjadi penaja baharu kit skuad kebangsaan selepas ini.
Perkara sekali gus menyemarakkan revolusi Harimau yang sedang rancak ketika ini, terutama ketika skuad negara mempunyai tugasan penting mengharungi Kelayakan Piala Asia yang akan bermula Mac depan.
Seiring dengan pelancaran jersi baharu berkenaan, FAM juga buat pertama kalinya memperkenalkan Peter Cklamovski sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya secara rasmi kepada orang ramai.
BACA LAGI: 'Nampak tegas', tonggak Penang-TFC-Selangor respons kedatangan Peter Cklamovski
BACA LAGI: Keazaman TMJ mudahkan saya sertai Harimau Malaya — Peter
Dalam majlis menandatangani perjanjian di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Puma Malaysia pada Khamis itu juga turut dihadiri oleh tiga bintang skuad kebangsaan iaitu Safawi Rasid, Nooa Laine dan Syamer Kutty Abba.
Mereka yang rata-ratanya menyambut baik kedatangan jurulatih kelahiran Australia berkenaan dilihat teruja dengan kelibat bekas jurulatih Tokyo FC itu.
Dengan portfolio yang dimiliki Cklamovski dalam kariernya sebagai jurulatih, pasti semua pemain Harimau Malaya termasuk Safawi, Nooa dan Syamer Kutty menanam azam dalam diri masing-masing untuk berada dalam Harimau Malaya di bawah bimbingannya.
Meskipun bakal mempunyai ramai persaingan, mereka tidak perlu khuatir mengenai risiko kehilangan tempat kerana berdasarkan pemerhatian, terdapat cara untuk menambat hati Cklamovski.
1) Syamer Kutty
Syamer Kutty (tengah) antara tongggak utama Penang FC. — Facebook/PenangFC
Sejak menyertai Penang FC pada awal musim ini sebagai pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty kembali meletakkan dirinya sebagai salah seorang watak penting Harimau Malaya terutama di posisi tengah.
Kecemerlangannya bersama skuad Harimau Kumbang itu menyaksikan pemain berusia 28 tahun berkenaan tampil dalam kejohanan Piala Asia 2023, kelayakan Piala Dunia, Piala AFF, Pestabola Merdeka 2024 dan beberapa aksi persahabatan.
Sekiranya Syamer Kutty boleh mengekalkan aksi konsistennya, Cklamovski berpotensi menggunakanya sebagai tonggak utama untuk memperkuatkan kawalan tengah susulan dia mempunyai kekuatan teknikal yang baik.
Kekuatan teknikalnya dan kemampuan untuk mengimbangi bola dalam tekanan memberi peluang kepada pasukan untuk menguasai permainan, sekaligus mengelakkan pasukan lawan menguasai tengah.
2) Nooa Laine
Nooa antara pemain utama Harimau Malaya. — Facebook/FAM
Tonggak tengah bertahan, Nooa Laine mula memikat penyokong Harimau Malaya pada aksi persahabatan menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023 dan selepas ini pemain berusia 22 tahun berkenaan sering menjadi bintang tetap.
Antara pujian yang sering diberikan kepada tonggak Selangor FC itu Nooa mempunyai ketenangan luar biasa dan ia disebabkan pengalamannya beraksi di Eropah.
Selain ketenangan, Nooa juga memiliki fizikal yang kuat untuk membantu Cklamovski dalam aspek bertahan dan perebutan bola. Mempunyai badan yang keras membantu pemain berketinggian 1.77 meter itu juga berperanan sebagai defensive midfielder.
Ketika saingan Pestabola Merdeka yang menyaksikan Harimau Malaya menjadi juara, Nooa diturunkan sebagai kesebelasan utama bersama-sama dengan Syamer Kutty dengan kedua-duanya berhasil mematahkan pergerakan jentera tengah pasukan lawan.
3) Safawi Rasid
Safawi kini cemerlang bersama Terengganu. — Facebook/FAM
Keputusan Safawi untuk menyertai Terengganu FC secara pinjaman dari JDT sememangnya tepat kerana sejak pulang ke negeri kelahirannya itu, dia sudah menunjukkan keyakinan sebenar.
Peningkatan dari segi prestasi itu sudah tentu disedari Cklamovski yang pasti pernah mendengar nama pemain sayap Harimau Malaya itu sebelum ini.
Jadi, tidak hairan sekiranya jurulatih baharu skuad kebangsaan itu akan segera menyerap pemain berusia 27 tahun itu ke dalam pasukannya bagi aksi akan datang.
Namun, sekiranya Safawi mahu mengukuhkan tempatnya bersama Harimau Malaya, dia perlu memikul setiap tanggungjawab diberikan pihak kejurulatihan di peringkat kelab.
Selain perlu meneruskan prestasi cemerlang, Safawi juga harus bersedia untuk beraksi dengan baik dalam setiap posisi serangan bagi mencerahkan lagi peluangnya menjadi regular skuad kebangsaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram