[VIDEO] Badrul Afzan nasihat banyakkan rehat untuk pulih daripada jadual padat — Safawi Rasid


  • Podium
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Safawi (kanan) mencetak gol penting buat Sang Penyu untuk menghidupkan peuang Terengganu ke separuh akhir Piala Shopee. — Facebok/TFC

KETUA Jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali menitipkan nasihat penting buat anak-anak buahnya menjelang perlawanan sengit bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu.

Nasihat berharga itu dikongsikan oleh tonggak utama Sang Penyu, Safawi Rasid yang turut berasakan jadual padat tersebut dijangka memberi kesan kepada kecergasan rakan sepasukannya.

Safawi yang juga beraksi sebagai pemain sayap itu mengungkapkan bahawa nasihat daripada Badrul Afzan sememangnya berguna untuk memastikan tahap kecergasan yang optimum.

BACA LAGI: Ibarat terkena badi, 3 kali Kedah tumpas di tangan 'ex coach', paling tak lupa masa Cheng Hoe bersama Selangor

BACA LAGI: Petanda Man United akan karam makin jelas di sebalik baju pemanas badan Amad Diallo

"Dia menasihati kami untuk tidur yang cukup, mengamalkan pemakanan yang betul dan pastikan kami berehat secukupnya. Itu adalah cara terbaik untuk kami pulih daripada jadual yang padat ini," katanya.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul watak penting buat Sang Penyu selepas jaringannya memastikan TFC meraih tiga mata berharga sebelum bertandang ke tempat lawan menentang kelab Thailand, BG Pathum United pada awal Februari nanti.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Badrul Afzan tersebut mendaki dua anak tangga di kedudukan kedua Kumpulan A Piala Shopee dengan berkongsi tujuh mata dengan PSM Makassar.

Manisnya, kemenangan itu juga mencerahkan peluang skuad Sang Penyu untuk mara ke separuh akhir, namun wajib menang berdepan pendahulu, BG Pathum United yang berkelebihan satu mata.

Perlawanan terakhir Kumpulan A pada 5 Februari nanti akan menentukan dua pasukan yang layak ke separuh akhir.

Terengganu akan berkunjung ke Thailand untuk menentang BG Pathum United, manakala PSM Makassar akan berdepan Thanh Hoa, yang kini berada di tempat keempat dalam kumpulan dengan enam mata. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram