[VIDEO] Kejutan paling bermakna, gadis AS ajak rakan Sindrom Down ke majlis tarian sekolah buat kali pertama dalam hidup


  • Benua
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Poppy (kiri) memeluk Makayla dan mengalirkan air mata kegembiraan.

SEORANG pelajar perempuan berjiwa mulia, Makayla Stewart membuat kejutan luar biasa apabila menjemput pelajar sekolah menengah yang menghidap Sindrom Down bernama Poppy untuk menghadiri majlis tarian homecoming di Cheyenne High School, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Poppy yang tidak pernah dijemput ke mana-mana tarian sekolah sebelum ini menerima kejutan yang tidak diduga apabila Makayla bersama ibunya mengambil langkah istimewa untuk merealisasikan impian Poppy.

Perkara itu tular menerusi sebuah video berdurasi seminit 18 saat memaparkan Makayla dan ibunya menyampaikan sekuntum bunga sebagai tanda penghormatan di rumah Poppy sebelum Makayla dengan penuh kasih sayang menjemputnya untuk menjadi pasangan tarian pada acara tersebut.

BACA LAGI: 'Macam ada yang hilang', kelibat Rizal Ghazali-Assifuah tak kelihatan di bumi Kenyalang

BACA LAGI: 'Memang special', Slot puji melambung Salah, silap-silap kekal di Liverpool

Dalam suasana yang penuh emosi, Poppy memeluk Makayla dan mengalirkan air mata kegembiraan.

“Saya tidak pernah rasa begitu dihargai. Ini adalah momen paling bahagia dalam hidup saya,” kata Poppy dengan suara yang penuh emosi.

Tindakan Makayla itu bukan sahaja menyentuh hati Poppy, tetapi juga mencetuskan inspirasi dalam kalangan masyarakat setempat.

Selain menandakan detik bersejarah dalam kehidupan Poppy, ia juga menjadi simbol kasih sayang dan penerimaan di kalangan pelajar.

Menerusi momen itu, Poppy kini menjadi contoh bahawa setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau cabaran berhak merasa istimewa dan dihargai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram